
Kenapa banyak alasan buatkan anda tidak berjaya ![]()
Memberikan alasan sangat mudah , namun ia akan buatkan anda kekal berada pada tahap yang sama ataupun zon selesa masing-masing.
Anda sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara sepatutnya dilakukan dalam hidup atau bisnes sedangkan ia memberi peluang untuk perubahan dan perkembangan baru.
Jangan biarkan alasan-alasan menghalang diri anda daripada mencapai potensi yang sebenar dan terlepas peluang yang ada.
4 Alasan yang biasa diberikan menghalang kejayaan anda :
Saya tiada masa
Masa itu emas, setiap daripada kita mempunyai 24 jam sehari. Beza orang berjaya apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik.
Jika kita mahukan sesuatu perkata itu, pastinya akan memperuntukkan masa bagi mencapainya.
Saya tak dapat peluang
Setiap orang sebenarnya ada pilihan mereka. Jangan lagi berikan alasan.
Sekiranya terdapat penghalang, cabaran dan sebagainya, cari jaln untuk mengatasinya. Alasan hanya buatkan anda mengalah sebelum bermula.
Takut berdepan risiko
Risiko datang dengan hasil yang mana lagi tinggi risiko buatkan lagi tinggi hasilnya.
Setiap usahawan berdepan dengan risiko apatah lagi bagi yang tidak ada ilmu, sistem dan menthor akan buatkan risiko untuk gagal dan kekal pada tahap yang sama lebih tinggi.
Saya berpuas hati dengan apa yang ada
Alasan yang biasa diungkapkan ramai orang diluar sana sebenranya bermaksud anda tidak mahu bekerja lebih keras lagi.
Anda tidak mahu keluar daripada keadaan sedia ada, zon selesa yang buatkan diri merasa tidak apa-apa.
Sepatutnya kita membuang jauh-jauh sikap banyak alasan yang diberikan jika ada sebelum ini. Jika ada cabaran, peluang dan risiko, cari jalan dan cuba lakukan yang terbaik.
Ramai orang boleh buat resume, tapi tak ramai boleh buat resume yang menawan hati majikan. Jom kami tolong dan jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
