APAKAH PERBEZAAN KERJA DAN KERJAYA ?

Untuk menjadi seorang pekerja yang berjaya, anda harus memahami perbezaan di antara kerja dan kerjaya.

Ada yang mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dengan meminta kerja yang menawarkan mereka jawatan yang sepadan dengan kelebihan mereka.

Ada juga yang masih meneruskan kerja walaupun mereka tidak begitu berminat dengan pekerjaan yang dilakukan.

5 Perbezaan Kerja Dan Kerjaya

1️⃣ Kebanyakan kerja membosankan

👉 Apabila anda bekerja untuk sesuatu yang anda tidak suka, anda akan banyak menghabiskan masa melihat jam, menhitung detik dan waktu sehingga tamat waktu kerja.
👉 Namun apabila anda bekerja dalam bidang yang betul-betul anda minat, anda akan meluangkan masa untuk melakukan apa yang betul-betul anda mahir tanpa sedar waktu berjalan.
👉 Kerja membuatkan anda cepat bosan, manakala kerjaya memberikan anda rasa bahagia.

2️⃣ Untuk jangka masa yang panjang

👉 Pernahkah anda bertanya dengan diri anda, adakah anda bekerja untuk jangka masa yang singkat atau untuk jangka masa yang lama ?
👉 Jika anda memilih untuk bekerja dalam jangka masa yang panjang, anda akan memikirkan tentang banyak hal, dimana ianya akan memberi kesan di masa akan datang.
👉 Perbezaan di antara kerja dan kerjaya adalah apabila anda hanya bekerja untuk jangka masa yang singkat,motivasi untuk menghasilkan kerja yang bagus sukar untuk diperolehi sepenuhnya.
👉 Akan tetapi, ia akan menjadi lebih baik jika anda mempunyai rancangan untuk menyambung pekerjaan anda untuk jangka masa yang panjang apabila anda sudah selesa dengan pekerjaan yang anda lakukan.

3️⃣ Menambah pengalaman

👉 Perbezaan di antara kerja dan kerjaya ialah orang yang mementingkan kerjaya tidak akan menghiraukan tentang wang, sebaliknya mereka mementingkan pengalaman yang mereka boleh dapati daripada pekerja-pekerja yang lebih berpengalaman.

4️⃣ Monday blues

👉 Pagi isnin pastinya bukan hari yang paling digemari oleh semua orang, tapi tidak kepada para pekerja yang menyukai kerja yang dilakukan oleh mereka. 👉 Apabila anda melakukan kerja yang memang kena dengan minat anda, anda akan merasa teruja untuk memulakan kerja pada setiap pagi dan menjadikan minggu anda produktif dan lebih efektif.

5️⃣ Tingkatkan prestasi diri

👉 Apabila anda berada dalam situasi kerja yang tidak anda sukai, anda akan banyak meluangkan masa dengan mencari peluang untuk menukar kerja baru. Job hunting sebenarnya amat memenatkan dan susah untuk didapati dalam masa yang singkat.
👉 Berbeza apabila anda berada dalam satu organisasi yang anda sukai, anda akan menghabiskan masa dan tenaga dalam membangunkan reputasi diri anda, membina lebih banyak rangkaian, dan mempunyai matlamat yang kukuh untuk memperbaguskan kemahiran yang anda ada.

Anda perlu meneliti dan fahami diri anda sendiri dahulu dan cari dimana sebenarnya kemahiran diri anda terletak. Anda tidak perlu memaksa diri anda sendiri untuk melakukan sesuatu yang tidak anda gemari. Ingatlah bahawa hidup ini hanya sekali, jangan pernah sia-siakannya selagi jantung anda masih berdegup.

Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy.


Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *