BAGAIMANA MEMILIH KERJAYA TERBAIK ?

Definasi semangat, matlamat dan kerjayaan adalah berbeza bagi setiap individu.

Untuk mencari pekerjaan yang paling sesuai, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti definisinya untuk diri anda sendiri.

Apakah yang membangkitkan semangat anda ❓

✅ Kenal pasti minat dan aktiviti yang anda gemar lakukan
✅ Memahami minat boleh membantu mendalami keperibadian, watak dan aktiviti yang membangkitkan semangat anda
✅ Anda boleh menentukan objektif atau matlamat untuk perkembangan kerjaya yang dapat memenuhi tujuan anda
✅ Sebagai contoh, sekiranya anda suka mengisi masa lapang dengan menyertai kegiatan sukarelawan, anda boleh memilih kerjaya yang memberi impak positif kepada masyarakat

Apakah dorongan anda ❓

✅ Gaji yang kompetitif adalah satu sebab yang baik untuk menerima tawaran pekerjaan, namun memahami faktor yang mendorong anda lebih daripada gaji juga penting.
✅ Tanya diri anda :
i) Adakah anda menyukai cabaran baru, atau melakukan kerja yang memberi impak ?
ii) Seberapa pentingkah untuk mencari syarikat yang mempunyai matlamat dan nilai yang sama dengan anda ?
✅ Mengenal pasti keutamaan boleh membantu dalam mencorakkan langkah ke arah kerjaya yang terbaik untuk anda.

Apakah kemahiran anda ❓

✅ Mengenalpasti kemahiran kendiri dan profesional bukan sahaja dapat membantu menonjolkon diri dalam lautan pemohon kerja yang luas tetapi juga membantu dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda.

Apakah keutamaan hidup anda ❓

✅ Sama ada untuk menyokong keluarga, membina kerjaya atau menyimpan wang untuk masa depan, setiap pencari kerja mempunyai matlamat yanh berbeza berdasarkan kedudukan semasa dalam kehidupan mereka.
✅ Mengenal pasti keutamaan anda dapat membantu dalam membuat keputusan kerjaya. Anda boleh menyalurkan fokus dan tenaga ke arah keutamaan hidup anda.

Tanya pada diri anda,”𝑨𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒂𝒑𝒂𝒊 𝒎𝒂𝒕𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒔𝒂𝒚𝒂?”. Sebaik sahaja anda membuat penilaian kendiri ini, anda boleh memulakan pencarian kerja yang bersesuaian dengan kehidupan anda.

Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy.


Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *