
๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Anda pasti ingin menjadi salah seorang pekerja yang sering menjadi idaman para majikan kan ![]()
Jom baca kriteria-kriteria yang dicari oleh majikan :
Integriti
Ciri yang sangat peting bukan hanya kejayaan dalam kehidupan tapi juga ditempat kerja.
Ia dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri.
Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja yang lain.
Kecerdasan
Tahap kecerdasan pekerja boleh memyumbang lebih 60% daripada produktiviti.
Kecerdasan adalah keupayaan pekerja untuk menetapkan keutamaan, merancang, menyelesaikan tugas dan menyelesaikan masalah.
Mudah mesra
Majikan sering mencari pekerja yang mempunyai sikap yang ramah dan senang untuk bekerjasama.
Individu yang mempunyai personaliti yang bagus akan sentiasa lebih berjaya dengan pada sahaja yang mereka buat.
Kecekalan diri
Kecekalan bermaksud mempunyai keupayaan untuk bersabar apabila menghadapi saat-saat yang sukar ditempat kerja.
Jika pekerja dilihat tenang ketika temuduga, pekerja tersebut telah menunjukkan bahawa dia berkemungkinan besar akan mampu bersabar dan kekal tenang ketika berdepan dengan masalah dan krisis.
Kepimpinan
Pekerja yang ingin dan sanggup menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan.
Ciri pekerja yang mempunyai sifat kepimpinan adalah mereka yang tidak suka memberi alasan apabila tidak tahu membuat kerja tetapi mecuba sedaya upaya untuk menyelesaikan.
Pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi bagi mencapai matlamat syarikat.
Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang di cari oleh majikan ?
Jangan risau, anda boleh membaiki diri dari sekarang untuk menepati ciri-ciri tersebut.
Mantapkan pengetahuan anda berkaitan locum dengan Locum Aspire dan jangan lupa lawati kami diย https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
