TIPS MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT KERJA BARU

Hari pertama ditempat kerja baru tentu merupakan hari yang janggal untuk anda.

Semuanya masih baru dan anda akan rasa terasing dan tidak selesa. Mungkin tips dibawah boleh membantu anda ketika hari pertama bekerja.

1⃣ Dapatkan tidur yang cukup dan teratur seawal 2 minggu

Tidur dan rehat yang cukup amat penting untuk memastikan anda nampak segar dan bertenaga.

Kalau anda sudah terbiasa berjaga malam, anda mungkin akan pergi ke pejabat dengan mata yang bengkak dan itu tentunya bukan impressi yang baik pada hari pertama bekerja.

2⃣ Buat test drive ke tempat kerja terlebih dahulu

Ini bagi mengelakkan anda sesat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja seterusnya menyebabkan anda sampai lambat ke pejabat.

Pada yang menaiki pengankutan awam, apakata anda buat research tentang nombor bas, jadual berlepas dan dimana stesyen untuk berhenti.

3⃣ Buat homework

Sediakan diri anda dengan maklumat tentang syarikat anda bekerja. Boleh dapatkan maklumat di laman web rasmi syarikat atau lebih mudah lagi di google.

4⃣ Sediakan pakaian yang sesuai

Setiap syarikat ada dress-code nya sendiri. Kebanyakan pekerjaan memerlukan anda untuk berpakaian formal. Namun etika berpakaian mungkin berbeza mengikut bidang pekerjaan.

5⃣ Catat perkara penting

Sebagai orang baru, mungkin anda belum biasa dengan tugas-tugas yang diberikan dan anda tidak mampu untuk ingat semua dalam masa yang singkat.

Jadi untuk membantu anda, catat info-info yang sepatutnya di dalam buku nota kecil.

6⃣ Dont’ Be Yourself…yet

Tips ini bukan bermaksud anda perlu jadi hipokrit, tapi jika anda seorang yang terlampau ramah misalnya, anda mungkin akan menakutkan rakan sekerja atau lebib teruk lagi jika ada yang akan memandang serong terhadap anda.

7⃣ Jangan sengan untuk bertanya

Malu bertanya sesat jalan dan jangam jadi bodoh sombong jika anda tidak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan.

Nak lebih confident masa buat locum? Join lah Locum Aspire dan jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *