
Sering kedengaran rungutan-rungutan kecil sang pekerja yang telah berkhidmad walau dimana-mana sektor pekerjaan tentang isu ketua yang tidak adil,lambakan tugas serta perlu menanggung kerja orang lain.
Rungutan ini jika dibiarkan bertakung lama kelamaan sudah tentu memberikan kesan terhadap pretasi serta motivasi seseorang pekerja.
Untuk pekerja yang mahu kekal bermotivasi dalam melakukan pekerjaan, beberapa tips mudah ini boleh dipraktikkan :
1️) Bersukan
Anda boleh meluangkan masa setiap pagi sekitar 10 minit untuk melakukan senaman regangan.
Hanya meluangkan masa 10 minit dapat memberikan tenaga dan meringankan ketegangan otot. Otak juga akan berasa lebih cergas.
2) Pemakanan Seimbang
Ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi mood atau emosi seseorang individu.
Ada kajian menyatakan, makanan yang tinggi nilai indeks glisemiknya boleh mencetuskan simptom kemurungan dan juga keletihan.
3) Menjaga Hubungan Dengan Rakan Sekerja
Perkara ini tidak boleh diabaikan kerana selain daripada menjaga emosi diri sendiri, rakan sekerja juga memberikan impak terhadap mood yang baik untuk bekerja.
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan bergurau senda dengan rakan sekerja.
4) Self-Reward Pada Diri
Memberikan penghargaan pada diri sendiri setelah berjaya menyelesaikan tugasan.
Ironinya apabila mendapat penghargaan (tidak kira dari diri sendiri atau orang lain) semangat kita akan melonjak naik untuk meneruskan tugasan yang lain.
5) Memberikan Pujian Pada Diri
Memuji diri sendiri sering dikaitakan dengan pepatah melayu “masuk bakul angkat sendiri”, namun sebenarnya pujian yang positif pada diri sendiri nampu meningkatkan semangat dan motivasi daripada dalam diri.
Tips-tips mudah ini boleh anda amalkan untuk memulakan hari anda agar kekal bersemangat untuk melakukan pekerjaan anda.
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
