
Kerja berpasukan atau team building merupakan salah satu syarat penting untuk membina kesatuan demi mencapai matlamat sebuah syarikat untuk berjaya. Matlamat, visi, misi dan objektif syarikat tidak akan tercapai jika kerja berpasukan ini tidak diamalkan.
Jom kita lihat 5 tips membina pasukan kerja yang terbaik :
Komunikasi yang baik
Komunikasi antara pasukan menjadikan gerak kerja lebih efektif. Jangan jadikan halangan dan masalah berkomunikasi itu punca hubungan ahli pasukan menjadi lemah.
Letakkan kepercayaan terhadap ahli pasukan
Apabila ahli pasukan rasa dipercayai, maka hasil kerja mereka akan jadi lebih baik.
Memberi respon yang positif
Respon yang baik menjadikan ahli pasukan lebih bersemangat positif untuk menyempurnakan tugasan mereka.
Kurangkan bebanan kerja yang ditanggung ahli pasukan
Pastikan setiap ahli mendapat bebanan kerja yang minimum untuk menghasilkan kerja yang optimum.
Pilih waktu yang sesuai
Masa kerja itu seharusnya tidak mengganggu masa peribadi mereka. Apabila anda mengaturkan satu jadual hendaklah dipertimbangkan juga jadual ahli pasukan dan keperluan peribadinya.
Staf bekerjasama antara ahli pasukan dalam sesebuah syarikat amatlah penting dalam mengekalkan pretasi syarikat.
Oleh yang demikian, ketua mahupun ahli pasukan memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pasukan kerja yang terbaik !
Nak pergi kelas susah, sibuk? Sertai kelas mengikut masa anda di Locumnet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
