
Memikirkan cara untuk bergaul dengan rakan sekerja boleh menjadi sukar. Anda tidak perlu menjadi kawan terbaik dengan orang yang anda bekerja, tetapi anda perlu mencari cara untuk membangunkan hubungan kerja yang produktif dengan orang-orang di dalam pasukan anda. Berikut adalah tujuh tips yang akan membantu anda memupuk hubungan yang kuat dengan rakan sekerja anda.
1. Elakkan Berkongsi Terlalu Banyak Maklumat Peribadi
Salah satu topik yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan profesional ialah kehidupan peribadi anda.
Dari masa ke masa, anda boleh mengeratkan persahabatan dengan sesetengah rakan sekerja anda yang membolehkan anda untuk berhadapan dengan mereka mengenai isu peribadi anda.
Tetapi jika anda ingin mencipta tempat kerja yang selesa, pendekatan terbaik adalah untuk mengelakkan bercakap tentang kehidupan peribadi anda kepada orang yang bekerja sekali.
2. Jadilah Pendengar Yang Baik
Tekanan di tempat kerja boleh kian membina dan orang sering memerlukan cara untuk melepaskan geram. Itulah di mana anda boleh melangkah masuk dan menjadi rakan sekerja yang prihatin.
Dengan membenarkan rakan sepasukan anda untuk mengatakan apa yang terukir di dalam fikiran mereka, anda boleh membuat mereka berasa selesa berkongsi perasaan dengan anda dan mewujudkan hubungan kerja yang baik.
3. Sentiasa Menjadi Positif
Kadang-kadang teknik yang efektif dengan pelanggan juga berkesan terhadap rakan sekerja. Walaupun anda tidak berasa gembira pada hari tertentu, anda boleh membuat rakan sekerja anda berasa lebih selesa apabila anda menghampiri kerja dengan senyuman di wajah anda.
Sekiranya muka anda sentiasa dihiasi dengan senyuman manis setiap hari, maka orang yang anda bekerjasama akan cenderung memberi ruang pada hari-hari ketika anda tidak dapat mengukir senyuman.
4. Membuat Kerja Anda Lebih Baik
Interaksi anda dengan orang lain di pejabat menjadi lebih lancar apabila anda mempunyai reputasi yang baik menjalankan pekerjaan anda.
Apabila orang tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan membuatkan mereka kelihatan bagus, maka mereka akan lebih menghargai kehadiran anda di pejabat.
5. Elakkan Drama Pejabat
Setiap tempat kerja mempunyai drama, tetapi itu tidak bermakna anda perlu menjadi sebahagian daripadanya.
Apabila anda memilih sisi dalam apa-apa kejadian pejabat adalah saat anda kehilangan keupayaan anda untuk bergaul dengan beberapa bahagian orang yang anda bekerja. Tinggalkan drama pejabat dan jalan jauh dari gosip pejabat.
6. Hanya Mengambil Kisah Tentang Kerja Anda
Apabila anda melihat di seberang bilik dan melihat salah seorang daripada rakan sekerja anda sedang bercakap panggilan telefon peribadi, beringatlah bahawa ia benar-benar tidak ada kena mengena dengan anda dan jangan menjaga tepi kain orang.
7. Menjadi Seorang Yang Bertanggungjawab
Ini berbeza daripada membuat kerja dengan bagus kerana ini berkaitan dengan mejadi seorang yang bertanggungjawab seperti menghormati ketepatan waktu pagi dan tidak mengambil rehat yang lebih lama daripada yang dibenarkan.
Jika rakan sekerja melihat anda sebagai suka melanggar peraturan, ia akan menimbulkan kesangsian.
Anda harus melakukan apa yang anda mampu untuk mencipta tempat kerja yang selesa dan produktif. Tetapi jika anda tidak dapat untuk bergaul dengan rakan sekerja, mungkin masa untuk mencari kerja baru.
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami https://academy.locumnet.com.my/
