CARA MENGURUS MASA DI PEJABAT

Terlalu banyak yang perlu dilakukan dalam sehari sehingga anda terpaksa bekerja lebih masa ?

Cuba hentikan kerja anda sebentar dan fikirkan apa yang menyebabkan anda perlu bekerja sehingga lebih masa ?

Apa yang anda harus lakukan adalah memperbaiki cara anda menguruskan masa kerja untuk menjadi lebih produktif dan fokus tetapi santai.

1) Buat senarai plan kerja
Sediakan senarai rancangan untuk perkara yang perlu anda lakukanpada hari tu pada malam sebelum atau semasa tiba di pejabat.

2) Buat skala keutamaan
Selepas membuat plan kerja, sudah tiba masanya untuk anda menetapkan keutamaan. Susun kerja anda bermula dari tugas penting dan selesaikan secepat mungkin, manakala perkara yang lebih remeh boleh diketepikan buat sementara.

3) Tentukan had masa kerja bagi setiap “tugasan”
Berikan had masa untuk setiap kerja yang perlu anda lakukan dan selesaikan pada hari itu. Menentukan masa dan tarikh untuk setiap tugasan membantu anda menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kerja.

4) Jangan multitasking
Multitasking sebenarnya kurang berkesan dan cekap kerana melakukan banyak kerjan pada satu-satu masa yang sama akan menyebabkan anda kurang fokus. Akibatnya kerja yang anda hasilkan kurang memuaskan walaupun anda dapat menyelesaikan tepat pada waktunya.

5) Memgambil “kesempatan” masa untuk berehat
Walaupun jadual kerja anda sangat sibuk, jangan lupa untuk mengambil kesempatan masa untuk rehat selama beberapa minit. Memaksa diri untuk melakukan tugasan yang seterusnya sebenarnya akan memyebabkan hasil tidak seperti yang anda inginkan.

6) Meraikan kejayaan
Apabila anda mencapai sesuatu, jangan lupa untuk meraikannya. Bagaimana untuk meraikannya, ia terpulang kepada anda. Walau bagaimanapun, tidak perlu berlebihan tetapi anda sangat menikmatinya.

Kemahiran pengurusan masa kerja boleh memudahkan urusan anda di pejabat. Setiap orang mungkin mempunyai cara yang tersendiri. Walau bagaimanapun, carilah kemahiran yang paling berkesan.

Locum merupakan hadiah untuk Healthcare Genius. Belajar dekat Locum Aspire untuk lebih mudah buat locum
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *