
๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ฉ๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง
Adakah anda dah memohon pelbagai jawatan daripada pelbagai syarikat tetapi masih lagi tiada panggilan temuduga sehingga ke hari ini ?
Antara kesilapan dan kesalahan yang sering calon lakukan dalam melakukan permohonan sesebuah pekerjaan :
1. Profile Calon
Sila pastikan bahawa profile anda lengkap dan lakukan semakan semula kepada profile serta segala maklumat yang diperlukan.
Isi maklumat dengan lengkap termasuklah maklumat pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja dan sengainya.
2๏ธ. Kemahiran / Skill
Terdapat calon yang hanya mengisi bahagian kemahiran dengan hanya sekadar meletakkan Microsoft Office sahaja. Sebaiknya anda dinasihatkan agar tidak melakukan perkara tersebut.
Sila pastikan bahawa anda memasukkan juga beberapa kemahiran lain seperti mahir dalam menggunakan Adobe Photoshope, Autocad dan sebagainya.
3๏ธ. Expected Salary
Bagi mereka yang fresh graduate jika anda hendak mendapat pekerjaan dengan cepat, jangan letakkan gaji jangkaan ataupun expected salary yang terlalu tinggi dan jika anda belum mempunyai kehebatan dan pengalaman yang cukup menarik untuk melakukan permintaan demand gaji.
4๏ธ. Work Location
Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya pihak majikan dan HR syarikat akan lihat preferred work location calon dalam memilih calon pekerja. Sebagai contoh, syarikat yang berminat dengan anda terletak di Johor tetapi anda meletakkan preferred work location di Pahang.
Pihak HR beranggapan bahawa anda terlalu jauh dan memang tidak beringinan untuk bekerja luar daripada tempat tinggal anda.
5๏ธ. Pitching
Untuk pengetahuan anda, setiap laman web kerjaya pasti akan ada sediakan bahagian pitching di mana para calon harus mengisi dan mengulas sedikit mengenai matlamat calon. Ramai calon yang hanya mengabaikan sahaja bahagian ini dan terus menghantar permohonan. Sila ubah benda tersebut sekarang! Pastikan bahawa anda mengisi bahagian tersebut juga.
Semoga bermanfaat!
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
