PUPUK YAKIN DIRI DALAM PEKERJAAN

Dalam melalukan pekerjaan yang melibatkan perbentangan, temubual atau pengucapan awam, pastinya anda mengalami rasa gementar.

Dalam situasi sebegini, bagaimana untuk kita bertenang ? Bagaimana untuk anda mengekalkan rasa yakin diri dan melakukan yang terbaik ?

1️⃣ Latihan

Tiada apa yang akan berjalan lancar tanpa ilmu pengetahuan dan tanpa latihan. Selain penyelidikan menyeluruh berkaitan maklumat yang diperlukan, latihan tambahan di hadapan cermin akan membantu dan dapat mempertingkatkan keyakinan.

2️⃣ Biasakan diri

Kebiasaanya apabila merancang untuk sesuatu pembentangan atau pengucapan awam, anda akan berlatih mengingatinya mengikut turutan seperti 1, 2, 3 dan seterusnya. Untuk memastikan anda mengingati semua langkah dan turutan dengan betul, cuba untuk memulakan dari langkah yang terakhir terlebih dahulu, sebagai contoh; 6, 5, 4, 3, 2 dan 1.

3️⃣ Sedia berdepan kemungkinan

Setelah mempersiapkan diri untuk ucapan atau pembentangan, tiba masanya untuk anda mempersiapkan diri untuk berdepan segala kemungkinan yang tidak akan ramalkan. Apakah pelan anda jika komputer tiba-tiba rosak? Apa yang anda lakukan jika masa pembentangan anda cuma 10 minit dan bukannya 30 minit, kerana pelanggan anda tiba lewat? Cuba untuk senaraikan perkara yang penting dalam ucapan atau pembentangan anda, namun, pastikan ia logik dan mudah difahami.

4️⃣ Membayangkan

Setelah bersedia dengan situasi yang berkemungkinan untuk berlaku, cuba bayangkan apa yang akan anda lakukan. Letakkan diri anda dalam situasi tersebut supaya anda tidak cemas atau panik apabila perkara yang tidak terduga berlaku. Ia membantu anda untuk bertambah yakin.

5️⃣ Jalan penyelesaian

Kembali kepada tip no 3. Apa yang anda akan lakukan jika ke semua yang anda rancang tidak menjadi? Ini adalah langkah di mana anda cuba mencari jalan penyelesaian yang boleh anda lakukan.

6️⃣ Belajar dari kesilapan
Jika anda melakukan kesilapan dalam pengucapan atau pembentangan, dan pelanggan anda tidak menyedari kesilapan tersebut, jangan terlalu cepat berasa lega. Belajar dari kesilapan dan sentiasa ingat kesilapan ini agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Nak lebih confident masa buat locum? Join lah Locum Aspire
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *