
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ? ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Tahniah, anda dipilih untuk ditemuduga !
Teruja bukan bila kita dipanggil untuk ditemuduga ?
Tetapi pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan dan tidak senang duduk apabila dapat peluang untuk ditemuduga terutamanya melibatkan sebuah kerjaya yang memang anda nantikan.
Namun masih ramai melakukan kesalahan dan mengetepikan perkara penting yang perlu mereka lakukan semasa menghadapi temuduga.
Berikut antara tips yang anda perlu lakukan bagi persediaan mengahadapi temuduga :
Latihan dan persediaan
Anda perlu berlatih bercakap supaya anda tidak rasa kekok semasa temuduga. Anda juga boleh mencari soalan yang biasa ditanya semasa temuduga. Berlatih dihadapan cermin atau ahli keluarga yang boleh membantu anda membuat persiapan.
Bersedia awal
Anda harus siapkan semua dokumen yang diperlukan dan pastikan sudah diisi dengan betul dan lengkap.
Pilih pakaian yang sesuai semasa temuduga. Anda juga perlu rehat yang cukup sebelum hari temuduga. Pastikan anda juga menjaga kesihatan dan juga pemakanan anda.
Ulangkaji mengenai syarikat, apa yang anda perlu tahu mengenai mereka
Sebagai contoh anda perlu tahu siapa orang penting dalam syarikat,apa yang mereka lakukan, apa kerjaya yang telah mereka capai.
Jika syarikat itu mempunyai blog dan akaun media sosial, anda boleh mendapatkan segala maklumat terbaru di sana.
Datang awal ke tempat temuduga
Sebagai seorang calon temuduga, anda perlu hadir awal ke lokasi supaya dapat mengelakkan beberapa masalah yang anda mungkin hadapi ketika hari tersebut.
Sehari sebelum ke lokasi, apa kata anda rancang perjalanan anda.
Bertenang
Semasa temuduga, cuba untuk bertenang. Anda kena ingat, bahasa gerak geri menggambarkan siapa anda dan perasaan anda ketika itu. Persediaan yang betul membuatkan anda berasa yakin.
Pastikan anda menumpukan perhatian kepada setiap yang diperkatakan supaya anda tidak lupa dan jangan sesekali memotong percakapan penemuduga anda.
Pastikan anda menjawab soalan yang diberikan dengan tenang dan teratur.
Ucapan terima kasih kepada penemuduga
Selepas tamat temuduga, jangan lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda.
Pastikan anda meninggalkan ruang temuduga dengan baik dan boleh membuatkan penemuduga mengingati anda.
Resume ni berikan first impression, jadi kena buat resume yang baik. Boleh la buat resume dengan kami dan jangan lupa lawati kami diย https://academy.locumnet.com.my/resume
