
Burnout kebiasaannya akibat dari kerja yang terlalu lama / banyak atau sukar. Namun, saya lihat terdapat elemen motivasi yang merupakan perkara besar dalam diri seseorang.
.
.
Motivasi ini hilang disebabkan pelbagai faktor seperti
1. Persekitaran kerja yang tidak menarik
2. Rakan sekerja yang sukar digauli
3. Tidak atau hilang minat kepada pekerjaan tersebut
4. Terdapat tawaran yang lebih menarik
Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada motivasi ini. Namun, jika diperhalusi, jelas menunjukkan, kerja (task) itu sudah lagi tidak sesuai untuk diteruskan. Jika diteruskan:
1. Kualiti kerja akan menurun
2. Produktiviti berkurang
3. Tinggi risiko untuk kemalangan
Oleh itu, jika berlaku burnout, anda perlu menyemak semula, kesesuaian kerja anda itu. Jika tidak sesuai, maka anda boleh mengubah kerja secara:
1. Dalam organisasi yang sama
2. Ke organisasi yang lain
3. Mengambil cuti yang panjang
4. Mencari hobi
Amat penting untuk anda mengenali diri dan minat anda. Sekiranya perkara ini tidak dibendung anda mungkin terjerumus dalam masalah kemurungan.
.
Sayangi diri anda.
.
Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers
