KENAPA PEKERJA KESIHATAN KERAJAAN PUN PERLUKAN INDEMNITY INSURANS ?

Ala, x pe, kalau jadi apa2 kerajaan akan tanggung…
Ini antara ungkapan yang saya selalu dengar semasa bekerja di kerajaan dahulu.
.
Sedar atau tidak, realiti tidak seindah seperti itu. Kenapa?
.
.
1. Fungsi Lawyer Kerajaan
.
Ni perkara asas yang kita kena faham. Apa tugas mereka? Lawyer akan mewakili kerajaan dan mereka akan melihat the best interest of kerajaan (majikan anda), bukan anda secara spesifik. Jika ia selari dengan anda, maka beruntunglah. Jika tidak? Bagaimana?
.
.
2. Kes2 Kerajaan, juta2 itu murah. Billion itu mahal
.
Sama mcm sektor kesihatan, peguam kerajaan bukan ramai. Jika anda harus pilih nk selamatkan (fokus) kes juta2 vs billion2, mana anda pilih? Haruslah billion kn? Jadi kadang2 terpaksa settle the case as early as possible compare to winning sometimes. Jadi bagaimana dengan nama anda? It is about reputation
.
.
3. Kes Anda Dihadapan Council (Professional Body)
.
Tahukah anda? Jika anda dipanggil oleh Medical Council, Pharmacy Board dan sebagainya, peguam kerajaan tidak melibatkan diri mereka. Anda perlu hire lawyer anda sendiri. Dan bukan masa jumpa council baru guna, beberapa bulan sebelum itu nk guna dah. Imagine how expensive it is?
.
Satu lagi, kes2 di mahkamah am biasanya melibatkan duit, insyaAllah kerja lama2 mungkin boleh bayar. Tp dengan council ni, penalti dia, tarik lesen. Kacau periuk nasi ooo kalau tarik lesen. Nk kerja apa kalau kena tarik, sbb anda di train utk sektor kesihatan kn?
.
.
4. Prevention or Expert Advice
.
Sebelum sesuatu perkara jadi teruk, sebenarnya, ada indemnity insurance memberikan access kepada khidmat nasihat guaman. Mcm mana nk handle situasi itu ini masa ia baru bermula. Contoh, tiba2 patient buat aduan dan anda kena siasat kes2 ni. Semua ni boleh refer pada khidmat guaman ni.
.
Saya amat yakin, ramai diantara kita, pernah lalui ‘incident’ seperti ini. Kebanyakan mereka potensi kepada kes saman menyaman. Maka berhati2 la.
.
.

Semua ini hanyalah pendapat peribadi saya yang bukan pengamal undang2 dan penasihat kewangan. Tetapi, percayalah, beringat sebelum kena. Kita harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
.
Dan kerana ini jugalah, gaji anda juga harus kekal mahal, sebab ada bidang kesihatan yang mahal premium indemnity dia.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
Towards Better Condition of Healthcare Workers

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *