
Sedarkah kalian, terma kerja kontrak ini terletak pada 2 ekstreme. Low skill dan High Skill jobs. Nak cerita hari ni lebih pada yang high skills mcm para farmasi, doktor dan doktor gigi.
.
Tak di nafikan, mmg kalau dapat kerja permanent tu lebih stabil, tp kerja kontrak ni ada baiknya juga jika dilihat dari beberapa sudut.
.
.
1. Anda Tidak Kelesa
Dalam bahasa jawa panggil kelesa or keleso. Bahasa Melayu Malaysia x silap, berada dizon selesa atau ambil mudah. Ini amatlah penting masa mula2 kerjaya anda. Sbb anda ada masa yang sangat terhad. Anda akan cuba bekerja dengan bersungguh2 dan menimba pengalaman sebaik mungkin.
Macam kalau kita tahu esok nk mati berbanding x tau bila nk mati (contoh je)
.
.
2. Peluang Untuk Naik Gaji Lebih Cepat
Kalau memang anda dah power, kontrak membantu anda negotiate gaji pada kadar lebih kerap seperti 6 bulan sebelum tamat kontrak. Macam pemain2 bola tu. Boleh demand sikit.
.
Tapi kalau anda biasa2 aje, memang sukar la. Mungkin jadi makin kurang pun boleh. Sebab tu kena selalu naikkan value anda. (tgk post sebelum ni)
.
.
3. Lebih Mudah Untuk Melompat
Dalam bahasa lain Jump To Another Ship. Disebabkan anda tahu, anda akan hanya berada dlm company itu 2 tahun, anda boleh buat persediaan seawal hari pertama anda kerja. (nampak jahat, tapi itulah realiti)
.
.
4. Pecutan Nilai Diri Anda
Disebabkan pelbagai experience anda ada hasil bekerja ditempat berbeza dan anda sentiasa dahagakan ilmu semasa kontrak2 tersebut, insyaAllah nilai diri anda kepada majikan sangatlah tinggi.
.
.
5. X suka boleh tinggal
Semua jenis terma pekerjaan boleh tinggal. Tp kontrak lebih halus dan selamat. Kalau x suka tempat A, habis kontrak anda pergilah tempat lain. Kalau permanent, dah la kena campak mana2 ikut suka majikan lepas tu, majikan seterusnya x suka juga kalau org berhenti sbb xnk kena campak mana2 kn? Macam itulah permainannya.
Sebab itulah, x semestinya benda ni semua x bagus atau teruk. Malah ini lah sebab muda-muda dah pegang jawatan besar dalam sesuatu institusi. Yang penting usaha bersungguh2. Rezeki Allah punya. Your portion is always there.
Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers
