HEALTHCARE BUSINESS – DON’T JUST JUMP

Saya dan rakan2 sebenarnya agak bimbang dengan keputusan sesetengah mereka yang terus membuka perniagaan kesihatan seperti klinik perubatan, klinik gigi mahupun farmasi.
.
.
Seelok2nya sebelum pergi ke medan-medan baharu ini, sediakan diri anda beberapa perkara ini:
.
1. Kehidupan Industri Swasta Kdg2 Boleh Dog Eat Dog
Walaupun, industri kesihatan patut dipenuhi dengan kasih sayang, namun tidak dapat dielakkan senario seperti ini berlaku. Mungkin, ada yg ingin mengubahnya (ramai yang saya jumpa), namun ia tidak seindah yang diidamkan oleh ramai perawat kesihatan.
.
.
2. Business Is Still a Business
Setiap perkara ada hak-hak nya. Dan anda kena faham, even welfare (NGOs) sekalipun memerlukan revenue (pendapatan) melebihi daripada kos operasi. Kos operasi ni lah yang nk bayar gaji perawat kesihatan seperti pegawai farmasi dan jururawat serta kos sewa kedai dan utiliti.
.
Maka sangatlah perlu untuk memastikan aliran kewangan sentiasa positif dan kerana itu perlunya langkah2 selanjutnya.
.
.
3. Sebuah Business Memerlukan Kemahiran Account, Pemasaran dan Human Management
Ini perkara basic yang semua business perlu ada. Sebagai seorang perawat kebanyakan kita memang mahir dalam merawat, namun ilmu2 diatas mungkin terbatas.
.
Ada beberapa cara mengatasinya sama ada,
a. sebagai pemilik, anda sendiri belajar ilmu2 tersebut. Ambil pembelajaran yang agak tersusun. Jika tak pasti, boleh tanya kami di Locumnet.
b. hire orang yang mempunyai ilmu ini. Sama ada menggambil mereka secara sepenuh masa atau part-time terpulang pada anda, walaupun cara ini antara yang cepat, namun kosnya adalah tinggi.
c. menjadikan orang yang mahir sebagai partner anda. Langkah ini juga cepat dan kebiasaanya mereka sudah mempunyai motivasi yang cukup untuk pastikan perniagaan kesihatan anda berjaya. Namun, anda harus memberikan sedikit pegangan perniagaan anda kepada mereka.
.
.
4. Apakah Unfair Advantage anda berbanding orang lain?
Unfair Advantage ini adalah sesuatu yang anda ada yang tiada pada competitor anda yang lain. Kadang2 orang panggil keunikan atau niche. Tetapi saya lebih suka gunakan unfair advantage, kerana advantage itu merupakan kata bandingan kepada sesuatu yg berada pada tahap disadvantage. (sorry main bahasa pula)
.
Dengan unfair advantage ini baharulah anda leverage business anda dalam market. Dan insyaAllah untuk anda berjaya menjadi lebih mudah dan cepat. Tapi tidak dinafikan, jika orang jual goreng pisang, anda pun nk jual gorang pisang yang sama, insyaAllah akan ada pendapatan. Namun anda akan ada isu untuk berkembang dan maju.
.
.
5. Persiapan Orang2 Sekeliling Anda
Memasuki dunia perniagaan adalah suatu kawasan yang sunyi dan kejam (kadang2). Kebiasaanya, anda keseorangan pada titik mula. Oleh itu, pastikan orang sekeliling anda tahu dan bersedia memberi sokongan kepada anda untuk menempuhi pancaroba dalam 5 tahun pertama.
.
.
6. Motivasi Anda Utk Perniagaan Itu
Seperti yang saya kongsikan, perjalanan ini sunyi dan meletihkan. Oleh itu, sebelum melangkah masuk, pastikan dan tetapkan motivasi anda. Kerana motivasi ini akan menjadi bahan bakar terutamanya apabila anda kecundang dan ingin bangkit semula.
.
.
Semestinya, tidak semua saya dapat kongsikan kerana terlalu subjektif dan panjang. Namun, kalau nk borak2, jgn segan2 utk message kami. InsyaAllah, ada kelapangan kita boleh berkongsi lebih dalam.

Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers 

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *