KENAPA STAF KESIHATAN ASYIK TIDAK CUKUP ?

π‘Ίπ’†π’•π’Šπ’‚π’‘ 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 π‘©π’‚π’π’šπ’‚π’Œ 𝑱𝒆 π‘·π’†π’“π’‚π’˜π’‚π’• π‘²π’†π’”π’Šπ’‰π’‚π’•π’‚π’ π‘«π’Šπ’‰π’‚π’”π’Šπ’π’Œπ’‚π’…
.
.
Kenapa kn asyik x cukup staf kesihatan ni? Perjawatan pun dah penuh dah. Itupun x cukup lg? Kenapa?

Banyak faktor dia, cuma of course Locum Net akan bercerita berkaitan Healthcare workers nya. Kita bagi contoh Doktor.
.
Sekarang ini ada sekitar 70,000 doktor dalam Malaysia. Kalau ikutkan ok je jumlah tu sebab hasilkan nisbah 1 Doktor kepada 429 Rakyat (1:429). Kalau tambah dengan bukan rakyat? Nisbah lebih tinggi; (1:571).
.
Namun tidak semua doktor aktif dalam menjalankan aktiviti2 perawatan. Contohnya, mereka diletakkan di pengurusan, kualiti, penasihat dan lain-lain. Kami anggarkan 30% daripada pool Doktor ni bukan doktor aktif klinikal. Nisbah meningkat 1:612.
.
Manakala daripada yang aktif ini, ada diantara mereka perlu melakukan tugas2 pentadbiran macam ketua2 jabatan, pergi seminar. Yang ini kita tolak sekitar 20%, menjadikan nisbah naik 1:765.
.
Selepas dari itu, mereka yang aktif dan kurang tugas pentadbiran ni biasanya kena kerja 24 jam. Mana lah mampu, jadi kita bahagi workforce kepada 3 (8 jam satu sesi). Kesian mereka, but let’s take this hypothesis. Nisbah sesuatu masa doktor boleh merawat menurun kepada 1:1,530.
.
Dari jumlah ini juga, sekitar 40% Doktor lagi diperlukan bagi melihat kes-kes berat yang memerlukan perhatian melebihi 30 min atau satu jam seperti Pakar Bedah dan sebagainya.
.
Dengan ambil purata 3 kali kehadiran seseorang ke fasiliti kesihatan, maka nisbah kes seorang Doktor 1: 4,591 sekiranya doktor tersebut bekerja setiap hari. Namun jika ditolak cuti hujung minggu, cuti rehat dan sebagainya, kes sehari yang perlu dilihat seorang Doktor adalah 1:45.
.
Secara maksima, pesakit hanya boleh berjumpa Doktor secara purata tidak lebih 10 minit. Termasuk berjalan ke meja konsultasi serta proses menyelesakan diri.
.
Mungkin tidak ramai yang mahu membaca perkiraan ini, tapi inilah antara punca kesesakan di fasiliti kesihatan disamping tidak sama ratanya kedatangan pesakit.

Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *