KECEWA SI PERAWAT KESIHATAN

Kecewa Si Perawat Kesihatan
.
.
Ramai yang mengadu dekat saya ‘kecewa’ ambil bidang kesihatan ni. Tak kisah lah doktor ke, MA ke, nurse ke, dentist atau pharmacists sekali pun.
.
.
Biasanya, kecewa ni terjadi kerana datang nya Harapan. Kalau tiada harapan, tiada la kecewa tu. Tapi tipu lah kita manusia ini tiada keinginan yang punca kepada harapan.
.
Apa harapan-harapan tu? Banyak nya memang niat yg baik…
.
1. Harapan nak meningkatkan sosio ekonomi keluarga. Dapat bantu keluarga
2. Harapan nak lolos kan diri dari kesusahan memerah keringat
3. Harapan supaya mempunyai kerja yang stabil
4. Harapan nak senang tackle pasangan
5. Harapan senang dapat kerja
6. Harapan nak capaikan niat ibu ayah; “Nak, mak teringin nk along jadi doktor.”
.
Namun semua harapan ni jadi punah ranah. Sebab realiti sekarang ini tidak lagi seperti dahulu.
.
Nisbah pengambilan semakin rendah tahun ke tahun.
Nisbah pengambilan kerja tetap kerajaan semakin rendah.
Nisbah kenaikan gaji semakin rendah berbanding kadar inflasi.
Nisbah kehutangan yang tinggi.
.
.
Belajar dah la susah. Lama pula tu. Kos belajar mahal. Kenapa la sibuk sangat nk jadi perawat kesihatan ni? Kan susah…
.
.
Habis2 belajar dah la tua dari kawan-kawan. Orang lain dah dapat anak. Kita ni anak tekak pun x boleh nak sara lagi. Tunggu kena panggil je bertahun-tahun.
.
.
Jadi kenapa nak belajar tinggi2 dan susah2? Kecewa kan? Ramai yang kecewa (frust). Sebab kebanyakan sebab nya, diluar kawalan kita.
.
Bagaimana nk keluar dari kecewa ni? Kita layan dan acknowledge dulu perasaan ni, till next time.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
Yang Pernah Kecewa

p/s: Perawat Kesihatan / Healthcare Genius: Doctor, Dentist, Pharmacist, Nurses, MA, Therapists, Radiographers, Lab Personnel and many more. Healthcare Professionals + Allied Health Personnel + Supporting Staff


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *