KEPENTINGAN INDEMNITY INSURANS DALAM KHIDMAT KESIHATAN

Mudahnya untuk menjaga Reputasi diri… (Indemnity Insurance: Insuran untuk pekerjaan anda)
.
Kenapa?
.
1. Susah Cari Kerja
.
Kalau ada kes mahkamah nescaya nama anda akan keluar dalam internet. Sukar nak cari kerja. Kalau kontrak sukar nak sambung, melainkan mmg anda je possess that skill. Even so, some companies refuse to take that risk.
.
.
2. Kos Guaman Yang Mahal
.
Nak jadi lawyer, bukan mudah. Jadi tak dinafikan keperluan lawyers’ fees yang setimpal. Tapi kita rakyat2 marhaen ni, mana nk cekau duit nak selamatkan reputasi ni? Tengah terdesak, takkan nk tersedak?
.
.
3. Damage Control
.
Berdasarkan pengalaman, banyak kes menjadi runcing atau sampai ke mahkamah disebabkan kegagalan kita mengawal kes itu (damage control) di peringkat awal. Walaupun kita betul, tetapi kalau kne panggil mahkamah susah kan kita juga. Ada certain indemnity, yang sediakan servis ini. So choose wisely.
.
.
4. Kebolehan Menyaman Orang Lain
.
Ada indemnity yang memboleh kan anda menyaman orang lain yang mencemarkan imej anda. So kebanyakan yang anda tahu, mcm defensive je kn? Now, you have the ability to attack. Tp, bak pepatah spiderman, great power comes with great responsibility.
.
.
5. Kes2 Di Sektor Kesihatan Boleh Menghantui Anda
.
Sesetengah kes 7 tahun lepas boleh dibicara semula, ada juga yang sampai 20 tahun lepas, ada yang seumur hidup. Bayangkan, kalau waktu tu dah pencen, tiba-tiba muncul kes pula. Jadi carilah indemnity insurance yang akan cover sampai tahap ni.
.
.
Semoga kita dijauhkan dari perkara2 ni. Jangan sangka, org yang baik dan polite x kena ye… Kasihan bila saya mendengar cerita2 tu. Percayalah, semasa kes ini dibicarakan, ramai akan menjadi bagai melepaskan pucuk masing2.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers

Disclaimer: This is my personal experience and I am not a lawyer or financial advisor. For those who want to talk more on this, we can connect you to relevant people.

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *