
Mesti yang ramai dah tau jawapan pertama, syukur. Tapi jawapan kedua kurang ramai yang tau; progress.
.
.
Kecewa itu biasa. Memang biasa. Kita hidup memang bagaikan roda. Tapi, bila anda ada progress atau small wins, insyaAllah kecewa tu kurang sikit. Sebab tu, dalam apa-apa yang anda lakukan pastikan HALATUJU tu betul.
.
.
Supaya, dalam banyak keadaan tu, anda akan ada small wins setidak2nya pengalaman yang mencantikkan CV atau resume anda. Contoh:
.
.
Graduan nurse Uni M grad 2021, teringin nk kerja kerajaan. Sebab stabil. Tunggu sampai 1 tahun, x dapat-dapat tawaran. Maka tunggu dan tunggu, Jun 2022 bila interview, tak dapat walau kerajaan sekali pun, sebab anda tidak progress berbanding kes seterusnya;
.
.
Graduan nurse Inst I grad 2021, lepas grad sahaja terus kerja dengan sebuah klinik dikampung. Gaji bawah RM 900, tapi banyak benda kena buat. Dressing, pasang tiub kencing, pergi rumah ke rumah dan sebagainya. Tiba2 masa Jun 2022, dipanggil kerajaan, dapat offer dengan mudah. Tapi sebelum sampai nak reply kerajaan, tiba2 dapat tawaran gaji lebih tinggi dan jawatan senior nurse (manager kepada nurse) untuk sebuah klinik terkemuka di Malaysia. Rasa-rasa beliau ambil mana?
.
.
Tapi yang paling penting nampak tak jadi rebutan? Kenapa? Sebab majikan nampak, PROGRESS dia lebih power dari yang sebaya dengan dia. InsyaAllah, gaji RM 3,000 dalam tangan kalau senior nurse. Ke rendah sangat tu?
.
.
Sedangkan beliau start pada RM 900. Orang kata cheap labour, tapi dia kejar progress. Daripada duduk merenung nasib. Fikir orang tak adil pada kita. Macam mana kita nak ubah orang lain kalau tak boleh ubah persepsi diri kita.
.
.
Bila anda kejar progress, insyaAllah, lambat laun anda akan berada lebih tinggi dari orang lain. Kita ni mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam. Maka begitu juga dengan kerjaya.
.
.
Bukan nak suruh biar kerajaan tu buat apa sahaja, tapi yang paling penting diri kita kena progress.
Healing the healers,
Dr Ahmad Fakhri
