KARIER SEORANG NURSE KE MANA ?

Asyik cerita pasal doktor, farmasi dan doktor gigi je? Macam mana kami nurse2 ni.
.
Sejujurnya, saya tahu, cuma belum tahap expert sahaja lagi. So, saya share sedikit sebanyak cara2 yg sesuai.
.
1. Naikkan nilai diri anda
Mcm artikel2 sebelum ni, sama sahaja bagi nurse. Sentiasa tingkatkan nilai diri anda. Itu akan membezakan diri anda.
.
.
2. Ambil Post Basic / Lanjutan Secepat Mungkin
Memang setahun Malaysia lahirkan ramai jururawat. Tetapi itu hanyalah basic. Anda harus mahir yang basic dan tambah ilmu2 lain. Cuma Post Basic dan lanjutan2 ni nilai dia berganda2.
.
Kerana, jika cara anda betul, anda akan boleh melihat sehingga 4X kenaikan gaji anda sebulan. Bukan scam. Tp kena buat post basic betul2.
.
.
3. Lakukan Sesuatu Yang Anda Minat
Ada post basic ortho, ICU, OT, wound care dan sebagainya. Ada yang kata, kenapa bukan demand dulu? Sbb saya x suka pekerja masam mencuka bila kerja.
.
Yela, dah x minat. Mencuka la. So nk berkembang pun susah. Tapi bila anda minat, insyaAllah anda akan expert. Bila anda expert, ramai org nak. Harga dekat market pun naik.
.
.
4. Gaulkan Diri Anda Dengan Rakan Sekepala
Bila anda bergaul dengan rakan sekepala, anda akan selalu compare tahap anda dengan dia. Bukan sebab cemburu, tetapi ini membantu anda menilai diri sendiri (sesuatu yg x ramai boleh buat)
.
.
5. Dapatkan Rakan Di Jabatan Lain
Susah nk dapat di tempat kerja sebab biasanya kita sibuk dengan tugas. Apatah lagi nk start kenal2. Tapi, rakan satu univesiti dan kolej itu sangat penting. Ajak2 keluar, borak2. Tukar2 pandangan. InsyaAllah anda akan cuba jalan. Baru la tau anda minat ke x sesuatu sebelum buat keputusan nk ceburi betul2.
.
.
Rasa mcm dah banyak tips ni. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya habiskan, mungkin kne kupas di tempat dan masa lain.
.
Dr Ahmad Fakhri
For Betterment of Healthcare Workers

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *