PERJUANGAN MASA KINI GENIUS KESIHATAN MALAYSIA

Walaupun Perkidmatan Kesihatan Malaysia antara yang terbaik dunia, kita masih mempunyai masalah penyakit tidak berjangkit yang tertinggi di dunia. Paradoks bukan?
.
.
Ada yang menyatakan kerana kita mempunyai hidangan yang paling lazat berbanding dunia. Saya sendiri merasakan ada sedikit kebenaran disitu. Namun, saya juga rasa kepentingan ‘Prevention’ dalam isu ini. Maaf saya katakan, dengan ‘treating’ pun kita memang tak cukup, bagaimana kita ingin lakukan ‘prevention’. Saya amat faham prevention sangat penting, tapi siapa? Siapa yang lakukan? Jika kita tarik mereka yang buat treatment, jadi pesakit yang perlukan treatment bagaimana?
.
.
Either we sacrifice the treatment or we need to increase our workforce hence the budget. Akan tetapi isu ini sudah diberitahu berkali2 dan perlukan political will pihak atasan. Jadi, kita harus tanya, apa yang kita boleh buat?
.
.
Again, stretching our resources. Work harder it seems. Pesakit sangat menghargai jika mereka lebih memahami apa yang mereka alami. Maka lebih banyak masa yang kita perlukan untuk berkongsi (bukan mengajar) dengan mereka.
.
.
Kerja banyak, kena stretch lagi. Yup itulah realiti Malaysia. Sebab itu, Malaysia antara yang terbaik dunia, kerana you guys; the geniuses. Kerana itulah, ia sebuah perjuangan.
.
Gaji lebih kecil. Polisi yang pening2. Dan sebagainya. Tapi jika asyik menunding jari, masalah akan selesai x? Jawapan nya tidak. Jadi, tanya lah diri kita, apa yang kita boleh buat? Dan lakukan lah sekarang. Semoga ini lah manfaat kita beri yang akan disebut diakhirat nanti.
.
.
Malaysia ialah sebuah medan perjuangan. But, kita ada almost banyak benda yang bagus jika dibanding dengan India dan Indonesia. Maka, jika semua antara kita menyumbangkan sesuatu yang lebih untuk kebaikan Kesihatan Negara ini, insyaAllah, we will remain among the best in the world.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
Healing the Healers


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *