
Untuk menjadi seorang yang disenangi oleh rakan-rakan sekerja, kita perlulah sentiasa berhati-hati di dalam setiap tingkah laku dan komunikasi dalam pergaulan di pejabat.
1️. Berhati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita
Perlu sentiasa ingat bahawa apabila berada di tempat kerja, kita dikelilingi oleh orang dari pelbagai latar belakang keluarga, budaya, adat dan agama. Jadi amat penting untuk menjaga setiap perkataan yang ingin diucapkan.
2️. Tanya rakan anda jika anda ingin meminjam sesuatu
Ada diantara kita sering meminjam atau menggunakan pen rakan sekerja tanpa memulangkannya kembali. Walaupun nampak kecil, tetapi ingatlah bahawa sesiapa sahaja akan marah sekiranya ada yang meminjam atau mengambil barang mereka tanpa kebenaran.
3️. Berdiri sebagai tanda penghormatan
Hal ini amat penting ketika mersyuarat. Apabila bos anda memasuki bilik mersyuarat, jangan sesekali membiarkan tumpuan anda berada pada telefon anda dan sebagainya. Tunjukkan budi bahasa yang tinggi tanda hormat kepadanya.
4️. Hormat privasi rakan sekerja
Mengintip rakan sekerja adalah perbuatan yang tidak beretika. Perlu sentiasa meminta izin daripada rakan sebelum menghampiri kawasan mejanya. Elakkan sesekali menyentuh barang peribadi mereka.
5️. Menjaga nada suara
Sentiasalah peka dengan keadaan sekeliling dan gunalah nada suara yang sesuai apabila berkomunikasi di tempat kerja.
6️. Jangan gunakan email dengan tujuan yang salah
Sekiranya anda memerlukan rakan anda untuk menghantar saliran laporan dan sebagainya sebaik-baiknya jika anda terus pergi ke tempat mereka dan nyatakan hasrat. Mungkin kelihatan lebih parktikal untuk menghantar email tetapi lebih elok sekiranya bertentang muka dengan rakan sekerja.
7️. Pastikan kawasan kerja sentiasa bersih
Pastikan sentiasa menjaga kebersihan di tempat kerja, elakkan meja bersepah setiap waktu. Elakkan juga daripada membawa makanan yang berbau. Jika kawasan kerja anda bersih, ia akan memberikan keselesaan dan kepada semua pihak dan menghasilkan satu pemandangan yang kemas di pejabat.
8️. Mengucapkan terima kasih
Hantarlah sekeping kertas yang tertulis “terima kasih” sebagai tanda kita menghargai rakan sekerja yang telah membantu kita atau sekurang-kurangnya hantar mesej terima kasih melalui telefon.
Nak dapatkan support masa buat locum. Habiskan Locum Aspire, nnti boleh subscribe Locum Support
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
