GENIUS KESIHATAN PERLU MENJADI HEBAT

Genius Kesihatan: Bila Kita Jadi Pro?
.
.
Dalam sektor kesihatan ni, benda sentiasa berubah. Macam Covid, habis banyak benda berubah, dalam masa satu dua tahun. Memang macam tu industri ini. Kita belum cerita bab mazhab. Mazhab Malaysia Vs America. Mazhab antara hospital lain-lain.
.
.
Tp kita yang biasa ni biasa la. So sampai bila kita jadi Pro (Hebat)? Bagi saya ada dua perkara ukuran dia. Input dan output.
.
Output paling mudah difahami. Boleh diukur dari aspek kelajuan, kuantiti dan sebagainya. Pokoknya lebih baik dari purata sudah cukup bagus.
.
.
Sebab tu kadang2, ramai kami x merasakan kehebatan di universiti ukuran sebenar. Kerana, asas perubatan ni datang dari mereka yang tidak digelar sebagai doktor dan seangkatan dengannya. Ia hasil minat yang mendalam dan keberhasilan membuktikan teori2 tersebut melalui output mereka.
.
.
Sebab tu ramai through experience, doktor yang hebat tapi tidak menjadi pakar. But they are good at what they do. Sbb nak jadi pakar kena ambil master. Dan perjalanan master ni ada had umur dan sometimes dah x minat. Sebab tu ada beza pakar biasa2 dan pakar hebat.
.
.
Kedua input. Input ni senang nk bahagi kepada dua, ilmu dan pengalaman. Tahap kelajuan anda memproses input akan menyerlahkan kehebatan anda. Contoh, untuk mastery, seseorang itu perlukan 24 tahun untuk memahaminya manakala seorang lagi 2 tahun sahaja. Tapi, ia tidak akan terbukti selagi mana output tidak dihasilkan.
.
Contoh lain, jahitan luka yang cantik biasanya memerlukan MA menjahit sekitar 1,000 jahitan. Tapi, sorang MA ni boleh jahit dengan sangat cantik selepas 100 jahitan sahaja. Kira hebat la tu.
.
Biasanya mereka yang hebat ni ada beberapa ciri:
1. Mereka memang minat dengan perkara itu (No recognition needed to fulfil the passion)
2. Mereka suka berkongsi ilmu dengan orang lain (Yang kedekut ilmu tu saya rasa x berapa nak hebat lagi)
3. Tenang dalam arena kehebatan mereka (yela, benda dah dia tau, apa pun datang, boleh handle punya la)
4. Tidak complain dengan area kehebatan mereka. Sbb? Mereka minat la. Enjoy kot.
.
.
Manusia ni, tuhan dah jadikan kelebihan dan kekurangan kita. Kadang2 kita yg lebih2 nak serlahkan kekurangan kita dari nak mantapkan kelebihan kita.
.
.
Sebab itulah pentingnya, untuk pastikan kita berada di tempat, suasana dan waktu yang sesuai untuk kita menjadi hebat. Agar kita boleh menjadi hebat dan dapat memberi manfaat dengan lebih luas.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
Healing The Healers
Perjuangan Masa Kini Genius Kesihatan >> Malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *