
1. Ramai pekerja kesihatan skrg ni kontrak. Sebelum doktor kontrak, MA dan farmasi dah kontrak dah. So apa perlu buat? Pengalaman dan pemerhatian saya selain mempunyai attitude yang betul (this is the most important thing), anda harus tahu ‘value’ anda dalam industri ini.
2. Lg unik/rare anda, lagi tinggi value anda. So fokus kepada meningkatkan ‘value’ anda. So value ni biasanya dinilai on how many problems you can solve? Lg banyak dan rare lg berharga lah anda.
3. Mcm berlian. Even berlian yg mmg mahal tu pun, harga lebih tinggi bagi berlian hitam berbanding yg lutsinar kn? Aspek-aspek yg dilihat dlm menilai value:
a) Minimum Skills
i) Yela, anda Doktor, kalau x tahu rawat selsema, x capai minimum la kan. So ni wajib la.
b) Extra skills
i) Di sini kita akan lihat, apa benda lain awak boleh buat. Contoh bg Dr, mcm sunat kan pesakit. Skill ultrasound yg hebat.
ii) Cuma extra skills ni org lupa nk sentiasa berikan bukti. So, klu ada bukti mcm sijil2 ni la yang berharga
c) Experience
i) Org ingat experience ni berapa lama kerja. Salah ye… Kerja 10 tahun tp hasil kerja sama mcm org kerja 3 tahun, lebih baik org kerja 3 tahun tp ada sama experience.
ii) Di sini, kita melihat dengan experience anda, how it is going to improve productivity atau output? Contoh, disebabkan experience anda, pesakit yg jumpa anda 50% akan lebih baik dgn cepat. Ini lah experience yg kita nk. Tp kena buktikan lah. Kita x layan tin kosong.
d) Managerial & business skills
i) Ni mcm extra skills juga, cuma td tu lebih klinikal side. Selepas berada dlm industri bertahun2, benda ni rare juga dlm industri. Susah nk cari doktor yg boleh lead the team, resolve conflicts dan sebagainya (ni saya letak dalam managerial skills)
ii) Business skills ni mcm marketing, sales, account dan HR. Sebab tu ada Dr even MA yang ambil MBA dan sebagainya.
4. So dari sini la anda akan dinilai ‘value’ anda. Kalau value anda tinggi, maka anda boleh demand la. Masa ni la nk demand permanent post ke gaji tinggi ke, baru boleh. Sbb kehilangan anda, akan dirasai. Tp kalau value anda hanya rawat selsema, trust me, a lot more people can replace you.
5. Nanti ada masa saya share mcm mana pula nk tingkatkan ‘value’. Jgn lupa follow page Locum Net ye.
Value Is A Perception
Dr Fakhri
