ACCELERATING YOUR VALUE

Sbb dah janji hari tu, so kena share la. Saya kongsi tips mcm mana nk accelerate value kita dlm petugas kesihatan.

1. Basics should be known yesterday
a) Bab ni kita kne master cepat sikit. Jadi masa med school dan training (like HO) benda ni kena tangkap cepat. Kdg2 yg x power belajar dr buku mcm saya, masa practical tu kne buat byk2 procedure.

2. Menyibuk dan menempel
a) Kalau ada extra skills yang nampak org nk buat, pergi la tgk cepat, tempel dkt situ. Lps tu cuba buat pula. X kisah la ilmu dtg dr siapa, nurse ke, MA ke, belajar la. Dengan effort mcm tu insyaAllah sgt berkat

3. Get mentors
a) Mentors akan membantu kita faham sesuatu tu dengan lebih mudah dan cepat. Dan lagi cepat kita tahu perkara tu sesuai dengan kita ke x
b) Contoh anda seorang Dr yg sgt penting kan family anda, need a lot of family time, nk sambung neurosurgery, pergi la kenal2 dengan master’s student neurosurgery. Tanya2 dia. Dan decide la. Senang nk move on kalau dah tau x sesuai.

4. Networking Early
a) Jangan sombong. Mmg sifat mazmumah ni susah nk berjaya kalau ada. Bina sebanyak rakan dan bukan lawan. Even make friends with your enemy. Kenapa?
b) Nanti networking ni la yang akan bantu dapat kerja dan sebagainya. Nampak macam cable kn? Jangan sempitkan fikiran, ia semudah informasi x sampai pun blh jadi anda x dapat kerja yg baik
c) Networking ni bermula dari sekolah menengah lagi. Bukan masa kerja sahaja. Dan masa networking org pun lihat value anda. Kalau anda kosong, org tak nak kawan juga.

5. Kenali Diri dan Passion Anda
a) X silap saya, passion ni dlm BM, keghairahan kot. Tp nk kenal diri dan ghairah ni, kne banyak buat testing. Sbb tu point mentor dan networking tu mendahului point ni.

b) Tapi lg cepat anda settle bab ni, lg mudah anda nk fokus. Sbb kadang2 bila tidak fokus, anda ada kecenderungan untuk ambil benda2 yang basic skills. So anda tidak menjadi unik. End up membazir bila ilmu tu tidak digunakan berbanding jika boleh digunakan.

Bab ni agak berat sikit, sebab tu kadang-kadang orang perlukan coach atau join program career development. Ingat, semua orang mengejar masa, dan kita sentiasa dalam kerugian.

Selamat Membina Kerjaya Anda
Dr Fakhri


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *