
Makna Sebuah Kehidupan
.
.
Ada yang nak jadi kaya. Ada yang nak hidup mewah. Ada yang nak anak ramai. Ada yang ingin bersuka ria. Namun, saya tidak merasakan ini akan membawa kepada kehidupan bermakna TANPA manfaat nya pada orang lain.
.
Sekurang2nya pada keluarga sendiri. Betul x? Itu paling minima. Yang beragama Islam pasti tahu akan kepentingan menyebarkan kesejahteraan (salam). Jadi kalau keluarga dah ok, maka kita harus pergi pada skala yang lebih besar, mcm tu la yang saya faham.
.
.
Maka, apabila menjadi perawat kesihatan ni, kepuasan kita atas manfaat kita pada orang lain lebih tinggi sedikit berbanding cara biasa. Bayang kan, walau kita nurse sekali pun, balik kampung orang tanya, eh betul x ubat ni cara makan dia? Dah la kne kerja waktu kerja. Luar waktu pun kena kerja k? Itulah manfaat kita pada orang lain. Amal kita.
.
.
Ada kata, ah ni x mengarut sahaja… Memang la x nampak, sebab itu makanan harian kita. Tapi kalau anda bantu betul2 mereka, insyaAllah mereka akan doakan dan ingat jasa anda.
.
.
Kadang2 orang kita tak kenal pun tanya. Pernah satu ketika, ada orang tahu saya doktor, tanya pasal kondisi anak dia. Of course, kita kena tahu limit di mana. Kalau dah rasa perlu dilihat di fasiliti kesihatan, mintalah pergi bawa. Do what we can, not what we can’t.
.
.
Banyak lagi cara nak bagi manfaat. Ni manfaat yang tidak libatkan duit langsung. Modal air liur dan sedikit masa. Dengan ini, hidup lebih aman dan paling penting diberkati. Doa2 orang ni akan membuka luas rezeki2 yang anda tak sangka2 ada.
.
Selagi kita boleh tolong, kita tolong. Walaupun sekadar penunjuk jalan. Yela, sektor kesihatan ni bahasa latin dan greek kot. Agak2 orang lain nk tahu. Kita nampak mudah, x semua orang nampak begitu. Itulah makna kehidupan yang saya perolehi.
.
.
Dr Ahmad Fakhri
Healing the healers
Doakan saya juga terus memberikan manfaat kepada orang lain bukan hanya sekadar berkongsi disini.
