
Kepada yang duduk kejar nak dapatkan permanent post di hospital kerajaan, berhati-hati, mungkin ia tidak lagi relevan seperti dahulu. Beban kesihatan semakin meruncing dan salah satu jalan keluar adalah ke arah menswastakan servis kesihatan kerajaan.
Banyak model yang sudah berlaku di industri lain seperti TNB dan Petronas atau mungkin sahaja menjadi seperti Prasarana. Namun, apa impaknya kepada petugas-petugas kesihatan?
Bila dasar penswastaan ini berlaku, model apa sekali pun, efficiency memainkan peranan penting. Maka kos paling besar dalam industri ini adalah pekerjanya. Kemungkinan besar, gaji anda semakin besar namun kenaikan akan berdasarkan prestasi anda.
Maka beruntunglah mereka yang bekerja secara bersungguh2 dan tidak mengular. Dan kepada yang mempunyai ‘value’ lebih tinggi, anda akan mempunyai jalan yang lebih mudah.
Untuk Pemain industri Kesihatan
Pelanggan Anda Semakin Ramai
Pesakit mungkin akan menjadi lebih ramai sekiranya Single Payor System dilaksanakan. Akan tetapi, jika anda sentiasa up to date dengan kenapa pesakit datang ke tempat anda, pakai lah apa sistem pun, anda akan maju kehadapan.
Kepentingan untuk anda menjadi champion dlm sesuatu
Disebabkan open market, semakin ramai akan menilai kualiti servis yang diberikan. Mereka mempunyai lebih banyak pilihan. Maka, anda harus menjadi champion sekurang2nya dikawasan kejiranan anda. Nak cara jadi champion tu panjang ceritanya. Kami di Locum Net ada servis ni dibawah Business Intelligence kami.
Talent Even More Expensive
Disebabkan kenaikan gaji dikerajaan, ada kemungkinan talent yg anda mahukan lebih mahal dari harga sekarang. Sebab itu, cuba mix kan antara subjective dan objective branding bermula dari sekarang.
Anything for talent retention right now, might be good investment too.
Bila?
Bila akan berlaku? Sejujurnya, banyak tanda2 kecil sudah berlaku, dan Covid membantu mepercepatkan testing perkara-perkara ini. Ia memerlukan political will yang besar.
Kertas putih KKM akan disebarkan hujung tahun ini, mungkin ini lah dia? Kita tidak pasti. Akan tetapi tempoh kematangan proses ini mungkin mengambil masa sehingga 5 tahun atau kurang.
Jadi, mereka yang bijak adalah mereka yang mula memahami trend market sekarang dan segera membuat persediaan untuk masa hadapan.
Post ini bukan ingin menakutkan mana-mana pihak tetapi ini adalah amaran awal, agar kita lebih bersedia.
Dr Fakhri
