PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PERLU SEIRING BAGI MEMUDAHKAN GRADUAN UNTUK DAPAT KERJA

Pencapaian ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah perlulah seiring bagi setiap pelajar bagi memudahkan mendapatkan peluang pekerjaan selepas graduasi kelak.

Kebanyakan majikan memerlukan tenaga kerja yang bukan hanya memiliki ilmu pengetahuan tetapi perlu adanya kemahiran insaniah khususnya aspek kecekapan dan pengalaman kerja secara teknikal.

Situasi tempat kerja tidak lagi memerlukan individu yang hanya “working encylopedias” tetapi majikan juga menginginkan individu yang :

1. Mampu berdikari

2. Berdaya saing

3. Bijak mengawal

4. Mampu menyelesaikan masalah dan emosi secara berkesan

Tenaga kerja juga perlulah memiliki standart integriti yang tinggi dan beretika yang akan menghasilkan individu yang berpesonaliti baik untuk menyumbang ke arah pencapaian kecemerlangan hidup masing-masing.

Graduan juga harus menimba ilmu pengetahuan ke peringkat lebih tinggi bagi memperoleh kemahiran baharu dan terus bersaing menjadi individu yang kompetitif walu di mana juga berada.

Gabungan kualiti ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dicapai setiap individu turut menyumbang kepada nilai pembangunan negara.

Setiap pelajar juga harus memahami bakat sendiri dan harus dipupuk mengikut bakat yang betul dan menetapkan matlamat yang terbaik untuk masa depan mereka.

Baru nak mula locum? Tingkatkan ilmu anda dengan Locum Aspire

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *