
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Setiap pekerjaan memerlukan kemahiran tersendiri namun tidak dapat kita nafikan, ada kemahiran universal yang meningkatkan nilai seseorang pekerja pada mata majikan.
Kemahiran-kemahiran ini dapat membuat pekerja menjadi rebutan banyak majikan, sekaligus menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk pekerja.
Lima kemahiran yang paling diidamkan oleh majikan adalah :
1๏ธโฃ Pemikiran Ktitis Dan Penyelesaian Masalah
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang paling diidamkan majikan. Pemikiran kritis diperlukan dalam hampir semua jenis pekerjaan. Walaupun pekerjaan anda lebih bergantung kepada aktiviti rutin seperti pekerja kilang atau kerani, pemikiran kritis dapat membantu anda melaksanakan kerja dengan lebih berkesan dan cekap. Ia juga ciri penting untuk pemimpin.
Jadi, kalau mahu naik pangkat, tonjolkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah anda kepada majikan.
2๏ธโฃ Kerjasama Dan Kolaborasi
Ingat lagi pelbagai tugasan berkumpulan yang diberikan pensyarah sewaktu belajar dahulu?
Walaupun tugasan tersebut kadang-kadang menjengkelkan kerana sikap rakan sekumpulan yang malas, ia kemahiran penting yang perlu dipupuk sebelum masuk ke alam pekerjaan.
Sangat sedikit pekerjaan yang tidak melibatkan rakan sekerja langsung, maka kemampuan kita untuk bekerjasama dan berkolaborasi sangat ditagih majikan. Dengan kerjasama yang padu antara rakan sekerja, syarikat lebih maju dan berjaya.
3๏ธโฃ Professional dan Etika Kerja
Jangan percaya kalau anda jumpa petikan kata-kata usahawan berjaya di internet yang mendakwa, majikan suka pekerja yang pemalas.
Pekerja yang pemalas ialah pekerja yang pemalas, tidak ada fakta lain di sebalik kenyataan itu. Pekerja yang kreatif pun perlu bekerja keras untuk menyelesaikan tugasannya.
Sebab itu, tinjauan menunjukkan majikan sangat mengambil berat soal profesionalisme dan etika kerja dalam kalangan pekerja. Nilai ini perlu dipupuk dalam kalangan pekerja supaya operasi syarikat tidak terganggu akibat sikap pekerja.
4๏ธโฃ Kemahiran Komunikasi Lisan Dan Menulis
Jangan risau dahulu, para introvert. Buat mereka yang kurang kemahiran sosial, memang sukar untuk memenuhi kemahuan majikan yang satu ini.
Namun, jika kerja anda berkualiti, ada etika yang baik dan sanggup berusaha meningkatkan prestasi, sentiasa ada tempat untuk pekerja seperti anda.
Komunikasi lisan dan bertulis juga boleh diasah jika anda berusaha. Yang penting, ketika diperlukan untuk berjumpa pelanggan atau membentangkan cadangan, anda mampu memberikan prestasi yang baik.
5๏ธโฃ Kemahiran Kepimpinan
Keempat-empat kemahiran di atas diperlukan untuk membentuk kemahiran kepemimpinan yang baik. Seperti yang ditulis di atas, sasaran semua pekerja adalah untuk mendaki tangga kerjaya sehingga akhirnya, menjadi pemimpin di syarikat.
Oleh itu, pekerja yang sejak awal sudah menunjukkan kualiti kepemimpinan yang baik lebih mudah menarik perhatian majikan. Pastinya majikan lebih cenderung memilih pemimpin dalam kalangan warga syarikat sendiri berbanding mengambil pemimpin dari luar syarikat. Maka, pupuklah kemahiran kepemimpinan dalam diri anda sejak awal.
Baru nak mula locum? Tingkatkan ilmu anda dengan Locum Aspire
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
โ
