CARA BERDEPAN INDIVIDU TOKSIK DI TEMPAT KERJA

Tanpa kita sedar, persekitaran tempat kerja memainkan peranan yang sangat signifikan dalam naik turun emosi dan motivasi kita.

Jika rakan sepejabat anda bersifat energetik dan memiliki pemikiran yang positif, ia bukanlah satu masalah malah ia satu anugerah. Tetapi, bagaimaina pula jika rakan sekerja amsa adalah jenis yang bersifat negatif, atau dalam erti kata lain, bersikap toksik.

Bagaimana cara untuk anda menghadapi orang bersikap toksik ?

1. Kenal pasti ciri yang menjadikan anda sebagai mangsa atau sasaran mereka

Ingatlah, dengan menilai ciri diri anda tidak bermakna anda sememangnya salah dan membenarkan individu lain untuk sentiasa menyalahkan anda.

Adakalanya, sikap anda yang bersifat ‘melayan’ menjadikan diri anda sebagai sasaran individu toksik ini melepaskan kemarahan dan vibe negatif mereka.

Lebih baik jika anda kelihatan mempunyai pendapat, pendiriam atau jati diri yang kukuh agar orang toksik ini tidak sewenangnya mempergunakan anda.

2. Percayakan perasaan dan naluri anda

Ada individu yang terpaksa berada dalam perhubungan rakan sekerja yang bersikap toksik kerana mereka kurang percaya pada diri sendiri. Sikap mereka cuba untuk merasionalkan kelakuan toksik atau sering memberikan peluang yang tidak berasas.

Inilah masanya anda sepatutnya berhenti daripada bertindak begitu. Anda tidak boleh sering memaafkan dan sering berfikiran positif terhadap kelakuan mereka.

Memberi peluang itu sememangnya baik, tetapi jangan sampai wujud keadaan dimana “mereka memijak kepala anda”.

3. Tetapkan sempadan atau pelan untuk diri anda

Anda tidak perlu bersikap kasar atau biadap dengan individu yang bersikap toksik, tetapi anda perlu tegas dan tetap pendirian.

Nyatakan apa yang benar dan apa yang salah terhadap perlakuan atau tingkah laku mereka yang anda rasakan melampau.

Anda juga boleh salurkan aduan kepada saluran yang betul seperti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

4. Elakkan sikap normalisasi

Anda mungkin seorang yang baik hati sehinggakan bersikap positif sepanjang masa walaupun anda ditimpa bencana.

Jangan sesekali menormalkan setiap tindakan salah yang dilakukan individu-individu toksik ini. Anda tidak perlu mengiyakan segala kata-kata mereka. Salah tetap salah !

5. Teruskan hidup anda tanpa mereka

Sekiranya hidup anda merana disebabkan oleh sikap orang toksik ini, tanya diri anda adakah anda masih memerlukan mereka dalam hidup anda ?

Adakalnya anda mungkin perlu memaafkan, bersabar dan memberikan masa, dengab harapam agar mereka dapat berubah. Tapi sampai bila ?

Anda perlu tahu, adakanlanya lebih baik untuk anda melepaskan sesuatu daripada terus memegangnya

Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *