
Kenapa Kerja Di Malaysia?![]()
1. Sekarang ni sibuk orang isukan staff2 kesihatan ke luar negara untuk kerja. Arab Saudi, Australia, Singapore dan lain2.
Ye la, mana tak bestnya, ni sebab nya:
1) Gaji paling kurang 2x ganda lebih tinggi diluar sana. Kalau orang2 investors 200% la
2) Kelebihan utk family. Certain negara berikan kelebihan pendidikan dan suasana pendidikan yang terjamin
3) Bila you dah expert on certain things, negara2 ni biasa bg perks macam2 termasuklah taraf seakan2 rakyat dia dan lain2.
3. Secara konklusi dia, mmg lg best la pergi luar negara. Sgt best perks dia especially utk keluarga nucleus.
4. So jadi yang tinggal di Malaysia ni apa? X bagus ke? Bagus x bagus bukan dinilai dari sini, bila you da expert ada je offer dtg… Sbb dengan 2x gaji lebih tinggi tu pun, kita ni antara yang murah lagi dalam market dan berkualiti dari mata kebanyakan majikan luar negara.
5. So staff2 yg tinggal ni saya gelarkan mereka ni apa? Fighter or so called Pejuang…
Kenapa mereka stay?
1. Mostly sebab keluarga la. Untuk keluarga yang lebih besar. Mereka kadang2 rasa lebih efektif mereka berada di Malaysia utk jaga mak ayah, kdg2 atok nenek
2. Contribute to Malaysia. Ni yg menyebabkan saya respect rakan2 saya di Malaysia ni. Dah la kena ‘tindas’ dan maki, tp still deliver. Sbb mereka yakin konsep pahala tu. Mmg kdg2 kuat bebel mcm mak2 (malaysian culture kan), tp mostly saya tahu mmg niat baik
3. Contribute more and more and more to Malaysia. Puak2 ni saya anugerah kan pingat jasa bakti Hang Tuah kat mereka. Kenapa? Mereka ni la fighter yang memang pejuangkan hak2 pesakit, hak2 pekerja kesihatan, sistem yang lebih baik dan sebagainya.
7. Jadi saya amat merasakan, mulut kebanyakan orang yang kata “ah kau dah dpt kerja bersyukur la”, ada eloknya makan lah cili byk sikit. Banyak antara mereka yang laksanakan tugas dengan sungguh2.
8. Nak hasilkan seorang dari mereka ni bukan senang, x boleh belajar2 dkt university, intern sikit dan terus kerja. Banyak masa mereka kena buat practical. Jadi bila mereka keluar negara, siapa yang rugi?
9. Mereka x rugi. Kita yang duduk Malaysia ni ha yang rugi… Hargai lah mereka sekurang2nya dengan menghormati mereka.
For fighters out there, “Aja2 Fighting”
(bukan peminat korea)
Dr Fakhri
