PANDUAN MENCARI KERJA YANG SESUAI

Peluang pekerjaan semakin terhad sekarang ini. Statistik mereka yang tidak bekerja di mana-mana negara menunjukkan trend yang ‘menggerunkan’.

Antara sebab utama ramai menjadi penganggur adalah kerana terlalu memilih kerja, peluang pekrerjaan yang terhad dan sudah banyak bidang kerja yang menggunakan ‘mesin’.

Kita dinasihatkan untuk tidak memilih kerja buat masa sekarang, yang penting ada kerja dahulu sambil-sambil ‘mengintai’ kerja yang diinginkan.

Bagaimanapun tidak salah untuk menilai beberapa perkara sebelum memilih kerja. Walau kerja itu tidak bersesuaian dengan kelulusan dan bidang yang kita minat, kita tetap kena buat pilihan yang bijak.

1. Manfaat bukan kerwangan

Usah pandang rendah nilai faedah bukan kewangan yang boleh didapati seperti :

– Waktu kerja yang fleksible

– Elaun bonus yang ditawarkan

– Perlindungan perubatan

– Peluang latihan kemahiran & sebagainya

2. Persekitaran kerja yang kondusif

Tempat kerja adalah tempat dimana kita menghabiskan masa dalam hidup selepas rumah. Seperti rumah yang selesa dan sesuai yang kita mahukan, begitulah juga tempat kerja.

3. Lokasi tempat kerja

Walaupun kerja itu bagus dan diminati, akan tetapi berbaloikah jika tempat kerja itu jauh. Bersediakah anda untuk berpindah jauh dari keluarga ?

4. Peluang mengembangkan kerjaya

Sebaiknya pilih syarikat yang memberikan peluang untuk kita mengembangkan bakat dan kepakaran yang kita ada.

5. Tahap tanggungjawab

Ambil kira juga tahap tanggungjawab yang perlu kita tanggung dengan pekerjaan yang kita pilih. Jangan hanya seronok dengan jawatan dan gaji sahaja.

6. Tahap keselamatan kerja

Ini untuk keselamatan diri kita juga semasa bekerja. Jadi sebelum bersetuju untuk menerima bekerja, kena buat kerja sedikit dengan menyelidik rekod lampau syarikat dalam hal keselamatan.

7. Kos pergi dan balik kerja

Buat pengiraan kos perjalanan yang perlu ditanggung sekiranya tempat kerja jauh dari keadiaman seperti kos minyak, tol, kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

8. Siapa kita pada masa hadapan di dalam syarikat

Pilih syarikat yang tidak statik dalam tugas. Maksudnya tidaklah kita masuk kerja dengan satu jawatan dan kekal dengan jawatan itu sampai ke sudah. Mesti ada peningkatan kedudukan dalam kerja dan juga peningkatan tangga gaji.

Locum merupakan hadiah untuk Healthcare Genius. Belajar dekat Locum Aspire untuk lebih mudah buat locum

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *