
Apakah yang membezakan orang yang benar-benar berjaya daripada mereka yang merasa keadaan sebenar mereka tidak menyebelahi cita-cita mereka ?
Di Malaysia, kita semakin sedar bahawa prestasi akademik, walaupun penting, bukan segala-galanya. Apabila graduan-graduan beroleh keputusan pendidikan terbaik yang sama, apakah yang membezakan mereka daripada yang lain ?
Bagaimana mereka boleh menonjolkan diri dan membina kehidupan yang berjaya yang bermakna dan bertujuan ?
Mereka yang berjaya bertubi-tubi mengalami rintangan dan susah payah dalam kehidupan. Tetapi mereka tahu bahawa sementara mereka tidak selalunya dapat mengawal situasi dalam kehidupan, mereka boleh selalu mengawal respons mereka terhadap sesuatu yang berlaki pada sesuatu masa tertentu.
5 prinsip utama untuk mendorong orang yang berjaya adalah :
1️. Mengakui bahawa anda adalah nahkoda hidup anda – 100 %
Masalah dan rintangan pasti berlaku tetapi adalah terpulang kepada anda bagaimana anda menanganinya.
Adakah ia berupa alasan untuk menyerah kalah, atau menggunakannya untuk menguatkan azam dan terus maju ?
2️. Cintai proses lebih daripada visi
Memang hebat dan perlu untuk mengetahui hala tuju anda, tetapi jangan terjerat dalam mimpi itu.
Mereka yang berjaya hidup dalam momen semasa dan sedar jika mereka mencintai proses yang dilakukan pada saat ini, setiap sesuatu yang lain akan menjadi.
3️. Sedar batas keupayaan anda
Ini adalah prinsip utama kerana ia mendesak anda untuk mengetahui batas keupayaan yang anda boleh usahakan dan tambah baik, dan yang boleh dibiarkan.
Ia membantu anda untuk memberi fokus pada apa yang penting dan yang boleh dicapai, mengikat anda terhadap kemungkinan yang anda boleh capai, daripada membuang masa membuat sesuatu yang bukan untuk diri anda.
4️. Kerjakannya
Jika anda kenal Elon Musk, anda akan tahu dia adalah ketua Tesla dan SpaceX. Kejayaan selalunya nampak begitu glamor di garis penamat.
Tetapi jika anda lihat bagaimana dia bermula dan susah payah yang dihadapinya sepanjang perjalanan, anda akan sedar bahawa sebarang apa yang anda ingin capai memerlukan kerja keras, komitmen dan sikap jangan menyerah kalah.
5️. Jangan berhenti belajar
Sifat ini membezakan dan mendefiniskan mereka yang berada di tangga kejayaan. Sama ada anda membaca lima buah buku setiap bulan, belajar bahasa baharu, mendengar podcast setiap hari, mengadakan perbincangan bermakna, mengikuti hal ehwal dunia, atau mengikuti trend budaya pop, pembelajaran berterusan amat perlu untuk membantu kita kekal tajam fikiran.
Seseorang pemikir kritikal yang ada sifat ingin tahu akan berupaya menyelesaikan sesuatu masalah sebelum kebanyakan orang lain sedar masalah itu wujud.
Nak buat resume yang berimpak tinggi? Jom buat dengan kami
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
