8 KRITERIA MENJADI PEKERJA PROFESSIONAL

Adakah anda seorang pekerja yang professional ?

Layakkah anda melabelkan diri anda sebagai seorang yang professional ?

Semua persoalan ini boleh disahkan jika anda menepati 8 kriteria menjadi pekerja professional, iaitu :

1. Cemerlang

Pekerja cemerlang akan melakukan tugas dengan cemerlang. Seorang pekerja yang professional boleh melakukan apa sahaja kerja yang diberikan, tidak pernah berkata tidak dan mengalah sebelum melakukannya.

2. Berinisiatif

Pekerja professional bijak mencari peluang. Mereka tidak perlu diarah dan dipaksa untuk melakukan tugasan. Mereka juga tidak perlu dipantau setiap masa dan bijak mencari jalan penyelesaian kerja.

3. Niat Positif

Pekerja professional bekerja dengan niat positif. Mereka tidak terlalu memikirkan pangkat, imbuhan dan kedudukan dalam menyelesaikan tugas. Dengan niat positif, kejayaan dan kedudukan akan datang dengan sendirinya bagi mereka yang professional.

4. Bertanggungjawab

Pekerja professional adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasan mereka. Apabila berurusan dengan pelanggan, kehendak dan keperlyan pelanggan melebihi kehendak mereka sendiri.

5. Cekap Mengurus Masa

Istilah tidak sempat, tidak cukup masa dan lewat tiada dalam kamus hidup pekerja professional kerana mereka cekap meguruskan masa untuk menyelesaikan tugas.

6. Jujur Dan Amanah

Pekerja professional melakukan kerja dengan jujur dan amanah. Mereka tidak gemar mencuri tulang dan menipu ketika bekerja.

7. Bermoral Dan Bertatasusila

Mereka memiliki moral yang baik dan bertatasusila. Mereka bijak berurusan dengan majikan, oran awam, masyarakat dan sesiapa sahaja dengan sopan dan mesra.

8. Insaf Dan Sedar Diri

Mereka sentiada berpijak di bumi yang nyata. Pekerja professional sentiasa sedar diri dan peka dengan nasib orang lain. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan tidak mudah lupa diri apabila diulit dengan kemewahan.

Locum merupakan hadiah untuk Healthcare Genius. Belajar dekat Locum Aspire untuk lebih mudah buat locum

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *