
1. Pertama sekali, kaya itu sesuatu yang relatif. Ia bergantung kepada keseimbangan antara kemahuan dan kemampuan anda.
2. Namun, realiti ini sebenarnya agak tepat kerana beberapa perkara berikut:
a. Grad lambat
i. Kursus kesihatan antara yang paling lambat habis
1. Kesannya, orang lain dah ada beberapa aset, anda baru nk mula bina
b. Kedudukan training di bandar2
i. Kebanyakan Latihan kesihatan ni dilakukan di hospital2 besar, maka kos hidup pun agak besar
ii. Maka, dgn gaji yang ada kalau di KL, ramai yang berada di B40. Sedikit yang berada di M40.
c. Anda bermula dari belakang
i. Selepas pengurangan biasiswa pembelajaran, maka makin ramai yang terpaksa membuat PINJAMAN untuk meneruskan pembelajaran
ii. Sudahlah kos tuisyen/tuition fees yang mahal, lama pula tu
iii. Berbanding dengan kursus lain, pinjaman pembelajaran anda hampir 2X lebih daripada rakan anda dari kursus yang lain
d. Trend
i. Akhir sekali, di FB dan sosial media, rakan2 dah ambil gambar dengan anak, anak2, isteri2 eh… tp itulah reality. Anda masih bujang.
ii. Ada yang terima kunci rumah, gambar rumah baharu dan sebagainya.
iii. Jadi kita ni kena faham kemampuan kita dan ketinggalan kita
3. Jadi, ini bukanlah profession yang glamour pada awalnya. Hasilnya hanya akan nampak selepas umur 30 tahun. Betulkan niat dan bulatkan tekad. Semoga kita semua berada dlm redhaNya.
Dr Ahmad Fakhri
