TIPS MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT KERJA

Boleh di katakan setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai tugasan dan masalah di tempat kerja. Bermacam perkara yang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi kalau ada pula aral yang melintang.

Anda tidak perlu bimbang untuk menyelesaikan masalah yang anda sedang hadapi. Belajarlah untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah secara tenang dan tersusun.

9 Tips bagaimana untuk menghadapi masalah di tempat kerja :

1️. Kenal pasti apakah masalah

Jangan asyik menyalahkan orang lain. Jika benar pun ada faktor luaran yang menyebabkannya, tangguhkan sekejap. Objektif kita sekarang bukan untuk mencari salah siapa, tetapi mencari apa masalahnya.

2️. Masalah itu milik siapa ?

Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda ? Jangan bebankan diri anda dengan memikirkan masalah yang “dimiliki” oleh orang lain. Pilih masalah anda yang sebenar, dan “pulangkan” semula semua yang menjadi milik orang lain.

3️. Berbincang dengan orang lain

Biasanya orang yang menghadapi masalah akan rasa gelisah dan risau. Ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi jangan pula hendak “menjaja” masalah itu kepada semua orang. Pilihlah orang yang sesuai untuk masalah yang sesuai jika anda rasa perlukan perbincangan dengan orang lain.

4️. Kenapa masalah tersebut timbul ?

Jika banjir kilat disebabkan longkang yang tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda boleh mendapatkan penyelesaian. Tetapi dalam kebanyakan hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

5️. Apa yang boleh memburukkan lagi keadaan ?

Bunyinya macam merosakkan keadaan, tetapi tidak. Dengan mengenal pasti perkara yang boleh memburukkan keadaan, anda boleh mengelak daripada memburukkan keadaan. Jika penghidap asma akan menjadi semakin teruk jika membela kucing, maka hantarkan saja kucing itu ke rumah kawan anda.

6️. Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan

Yang pertama, tindakan kecemasan untuk dilakukan sekarang, kedua adalah tindakan pemulihan sebentar lagi, dan ketiga, tindakan untuk jangka masa panjang.

7️. Jika perlu, minta bantuan orang lain

Belajarlah bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain agar bersama anda.

8️. Rekodkan usaha-usaha anda

Setiap kali anda bekerja untuk menyelesaikan masalah anda, anda sebenarnya sedang mempertingkatkan diri anda. Rekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan. Sekurangnya anda tahu bahawa anda sedang bekerja untuk menyelesaikan masalah anda.

9️. Masalah adalah cabaran dan peluang

Ia adalah cabaran dan peluang untuk mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang. Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat.

Mantapkan pengetahuan anda berkaitan locum dengan Locum Aspire

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *