12 PERKARA DALAM FIKIRAN ORANG BERJAYA

Orang yang berjaya, berfikir dan bertindak berbeza dari orang ramai. Mereka mempunyai sikap yang positif, rendah diri dan sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah.

Mereka melakukan kerja yang mereka suka dan mereka suka orang yang bekerjasama dengan mereka.

Kita boleh belajar banyak dari orang berjaya dengan memerhati tindakan yang mereka lakukan.

Apakah yang membuatkan mereka berjaya ?

1. Saya suka kerja saya !

Orang yang berjaya akan meluangkan masa untuk mengenal siapa mereka dan apa yang membuatkan mereka berjaya. Setiap hari mereka gembira dengan cabaran yang mereka hadapi dan obses apa yang mereka lakukan.

2. Saya dapat melihat masa depan yang cerah

Walaupun keadaanya kelihatan muram atau ada halangan yang besar, orang berjaya sentiasa gigih bertahan dan mencari jalan untuk mencapai matlamat mereka.

3. Saya mencari jalan yang lebih baik.

Orang yang berjaya akan selalu berbincang, meneliti, mengkaji dan mencari idea-idea baru untuk memperbaiki jalan kerja mereka.

4. Saya telah menjadualkan hari-hari saya

Mereka menjadualkan hari mereka dan memastikan keutamaan kerja mereka terlebih dahulu, membahagikan tugas jika perlu.

5. Saya mungkin tergelincir, tetapi saya tidak akan jatuh

Orang yang berjaya tahu bahawa mereka tidak akan berjaya pada setiap masa dan kegagalan itu tidak dapat dielakkan. Mereka akan jadikan kegagalan sebagai satu pengalaman yang berharga dan mengajar untuk jadi kuat dan terus kukuh dalam mencapai kejayaan yang lebih besar.

6. Saya mempunyai masa

Orang berjaya bijak mengatur masa untuk mencapai matlamat mereka walaupun terpaksa bangun seawal pagi dan perlu bekerja sehingga lewat malam.

7. Saya akan terus belajar erti sukses

Orang yang berjaya tidak mencari kesempurnaan dan sebaliknya mempunyai rasa ingin tahu yang membuak-buak dan sentiasa ingin mempelajari perkara baru.

8. Saya mencipta kejayaan saya sendiri

Mereka tidak bergantung pada orang lain untuk membuka jalan menuju kejayaan. Mereka percaya bahawa melalui komitmen, disiplin, etika kerja dan kepercayaan mereka, kejayaan akan menjadi milik mereka.

9. Saya sentiasa menumpukan perhatian di sini, di ketika dan masa hadapan

Mereka tidak membiarkan kesilapan masa lalu menyebakan mereka ke bawah, sebaliknya hidup setiap hari seolah-olah ia adalah permulaan baru, dan akan ada pengalaman baru, dan ada trek baru untuk mencapai matlamat mereka bahkan untuk memulakan matlamat baru.

10. Saya mempunyai matlamat yang jelas

Walaupun mereka tidak semestinya 100 % pasti bagaimana mereka akan mencapainya pada awalnya, orang yang berjaya sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dan tahu di mana mereka menuju atau sekurangnya dimana mereka mahu menuju.

11. Saya tahu bila tiba masanya untuk “pull the plug”

Apabila orang lain mungkin sedang bermimpi atau berehat untuk beberapa hari atau minggu, tetapi orang berjaya mempunyai satu keupayaan hebat yang menyebabkan mereka kerja dan terus kerja. Mereka sangat tahu ketika mana perlu berehat, ketika mana perlu bekerja keras demi mencapai matlamat mereka.

12. Saya amat bersyukur atas apa yang saya ada

Mereka tidak pernah lupa untuk bersyukur atas apa yang mereka ada dalam hidup mereka dan kejayaan yang telah mereka capai. Mereka menghargai sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja dan pastikan mereka tahu bagaimana mereka menghargai mereka secara teratur.

Nak dapatkan support masa buat locum. Habiskan Locum Aspire, nnti boleh subscribe Locum Support

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *