
Kadangakala, anda tidak dapat menyelesaikan banyak perkara dalam senarai tugasan itu pada akhir hari, tanpa mengira betapa sukarnya anda mencuba. Jalan penyelesaian terbaik yang paling mudah adalah dengan membuat jadual.
Adakah saya memerlukan jadual kerja ❓
Anda mungkin bukan orang yang paling teratur, tetapi semua orang boleh memanfaatkan jadual. Jadual tidak perlu rumit, cukup untuk memastikan anda tidak terlupa tugasan anda.
PENGURUSAN DAN ALATAN JADUAL
Terdapat banyak cara yang berbeza untuk mengahsilkan jadual yang fleksible dan dapat disesuaikan dengan perubahan setiap minggu.
Digital adalah yang paling popular kerana kemungkinan besar anda tidak akan terlupa membawa telefon anda berbanding buku nota.
Kaedah analog seperti jurnal juga sangat popular dan tidak salah anda menggunakan jurnal dan jadual digital.
1️⃣ Dropbox Paper
Penjadualan yang mudah digunakan untuk anda dan pasukan. Simpan senarai tugasan dan jadual masa di satu tempat, pautkan kepada dokumen penting dan benarkan ahli pasukan meninggalkan komen.
Templat garis masa boleh membantu anda mencipta jadual berstruktur dengan mudah.
2️⃣ Papan Putih
Penggunaan papan putih ialah kaedah yang sangat baik jika anda merancang pengurusan projek.
Mulakan dengan meletakkan tugasan utama, sama ada anda merancang jadual untuk sehari atau seluruh minggu anda.
3️⃣ Excel
Penyelesaian yang mudah untuk mengahsilkan jadual dengan mudah. Anda boleh menggunakan tamplet yang sedia ada atau hasilkan templat anda sendiri.
4️⃣ Google Calendar
Google calendar yang tersedia dengan sebarang akaun Gmail dan sebagai apl penjadualan yang bagus, menghubungkan anda dengan keseluruhan akaun anda.
CARA MENYUSUN JADUAL
Anda boleh menyusun jadual mengikut kemahuan anda. Apabila anda menetapkan jadual anda, cuba untuk meletakkan sebanyak mungkin maklumat yang ada, bukan sekadar maklumat kerja. Dengan ini anda akan lebih faham sepenuhnya apa yang perlu anda lakukan. Fikir juga tentang :
👉 Tempoh bekerja
👉 Waktu rehat makan tengah hari
👉 Waktu rehat umum
👉 Waktu bangun/tidur
👉 Program dan peralatan yang diperlukan
👉 Merancang untuk hari seterusnya
Mungkin perancangan yang begitu terperinci nampak seperti terlalu bersemangat, tetapi ini juga membolehkan anda memahami dan menyesuaikan diri dengan tahap tenaga anda.
Bagaimana jika jadual tidak berkesan ❓
Ubah jadual, jika mengikut jadual waktu tertentu membuatkan anda berasa tidak selesa atau meletihkan, maka itu bukan jadual yang tepat untuk anda. Jadual boleh dilihat sebagai alat yang berguna dan bukan sekadar tugasan lain pada senarai tugasan anda.
Jalankan jadual anda sebagai percubaan selama seminggu dan anda akan segera menyedari bahawa teori dan amali ialah dua perkara yang berbeza. Jika jadual itu tidak berkesan, maka mulakan minggu seterusnya dengan jadual masa yang baharu. Semua ini boleh menjadikan perbezaan untuk hasil yang lebih baik.
Diri anda begitu berharga. Mengapa resume anda tidak begitu jua? Belajar dengan kami buat resume di Locumnet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume
