LOCUM HADIAH TERBESAR INDUSTRI KESIHATAN

Sebelum wujudnya foodpanda dan grab food, industri kesihatan sudah lama praktis kan locum or part time work. Pendapat saya, ini yang membantu profession ini berkembang secara individunya, institusinya mahupun pemberian khidmat kesihatan kepada orang ramai.
.
.
Kenapa?

1. Tanpa locum, mungkin banyak klinik2 perlu ditutup pada waktu malam dan 24 jam. Hospital2 terpaksa buka pada waktu pagi sahaja.

2. Kelambatan penghasilan pakar2. Salah satu cara menjadi pakar adalah mengambil peperiksaan luar yang mahal belanjanya. Locum salah satu cara untuk membantu membiayai pembelajaran ini

3. Tanpa locum, kurang cross practice antara institusi awam dan swasta. Kenapa ia penting? Supaya kita kekal berdiskusi (up to date) supaya solusi terbaik diberikan utk para pesakit

4. Locum juga memberi peluang kepada individu2 kesihatan menimba pengalaman baharu yang mungkin menjadikan mereka bijak memilih kerjaya

5. Akhir sekali pada pendapat saya, ya locum juga membantu pekerja kesihatan memecut dari sudut kewangan untuk mencapai cita2nya
.
.
Namun, harus diingat, hadiah ini harus dijaga dengan rapi. Pastikan keselamatan pelanggan dan kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang tinggi.

Dr Ahmad Fakhri

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *