TIPS BERSAING SECARA SIHAT KETIKA TEMUDUGA

Jangan terkejut ya kerana anda akan bertemu dengan pesaing yang hebat ketika sesi temuduga dijalankan. Pesaing ini akan mencabar kewibawaan anda dan boleh membuatkan anda sedikit goyah.

Jom kenali pesaing anda yang sangat mencabar ini :

1. Calon Yang Bijak Berkomunikasi

Calon ini mempunyai satu kelebihan iaitu sangat pandai dan bijak dalam bercakap.

Selalunya calon ini akan berlagak cool dan steady seolah-olah tiada apa perkara yang berlaku.

2. Calon Buat Persediaan Sangat Rapi

Calon jenis ini sangat cemerlang dimana ia akan terus melakukan pencarian maklumat dan kajian berkaitan syarikat serta kerja yang dipohon.

Kebiasaan calon ini akan membawa nota serta membaca tanpa henti ketika menunggu giliran untuk di temuduga.

3. Calon Yang Kelihatan Sangat Sesuai Untuk Jawatan Tersebut

Anda bakal bertemu dengan calon yang sangat sesuai untuk memegang jawatan tersebut berbanding anda.

Ini kerana beliau mempunyai kriteria yang diperlukan majikan serta pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

4. Calon Berlagak Sombong

Calon jenis ini merasakan beliau sangat hebat berbanding orang lain dan seolah-olah tahu semua tentang temuduga dan pekerjaan yang di pohon.

5. Calon Mempunyai Latar Belakang Yang Hebat

Terdapat juga calon yang mempunyai latar belakang yang hebat seperti pendidikan kelas pertama, berpengalaman dalam syarikat ternama serta pernah bekerja sebagai seorang yang professional.

TIPS UNTUK BERSAING SECARA SIHAT

– Jadilah calon yang mesra, tepat, ringkas dan jangan menjauhkan diri dengan panel temuduga.

– Pastikan komunikasi anda kelihatan neutral dan bukan dibuat-buat, nada yang bersemangat dan lakukan “eye-contact”

– Pastikan anda tahu apa “pain” kepada syarikat, maksudnya apa yang syarikat cari dan perlu. Tunjukkan kepada mereka anda mempunyai ciri itu.

– Jika anda tidak tahu menjawab soalan yang ditanya, cari altenatif dengan memberikan jawapan kepada ilmu yang anda ada sekarang, nyatakan bahawa ia mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

– Jangan menghafal apa-apa jawapan, fikirkan pengalaman anda dalam kerjaya yang mampu membuatkan anda berbangga dengannya, yang mencabar dan pengalaman yang boleh anda pelajari.

Ingat, anda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jangan terlalu merendah diri dan jadilah seorang calon yang bersemangat ketika sesi temuduga.

Ramai orang boleh buat resume, tapi tak ramai boleh buat resume yang menawan hati majikan. Jom kami tolong

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *