
Memang tak dinafikan kita akan selalu rasa cepat ‘demotivated’ atau lemah semangat bila mula nak bekerja balik setelah puas berehat pada hujung minggu.
Kadang-kadang mesti terlintas di fikiran, alangkah seronoknya kalau tak payah bersusah-payah pergi kerja dan duduk saja di rumah atau pergi bercuti.
Tapi manalah boleh kalau hanya goyang kaki dan rezeki datang bergolek. Jadi anda perlu cari cara bagi membuatkan mood kerja anda sentiasa positif dan bersemangat.
1. Kenali apa masalah diri
Anda patut tahu apa sebenrnya masalah di tempat kerja yang membuatkan anda rasa mudah lemah semangat dan tak ada mood nak bekerja.
Ia mungkin disebabkan suasana keliling, meja kerja berselerak atau rakan sekerja atau bos yang tak sekepala.
Bila dah tahu apa masalah,jadi mudahlah untuk anda cari jalan penyelesaian supaya tak terus terbeban dengan masalah tersebut.
2. Bersedia untuk isnin daripada jumaat lepas
Kebiasaanya hari isnin adalah hari yang sangat stress sebab kerja yang mula bertimbun dan mungkin ada juga kerja pada minggu sebelumnya yang masih belum selesai.
Oleh itu, anda mesti bersiap sedia untuk mengaturkan segala kerja mengikut jadual tugasan yang dibuat sendiri daripada jumat lagi.
3. Buat ‘Goal List’ untuk hari-hari bekerja
Anda patut cuba membuat segala perkara yang anda ingin dan tak sabar untuk lakukan sepanjang hari bekerja.
Contohnya pergi makan di kedai favourite, berjumpa kawan selepas waktu kerja atau sebagainya.
Bila anda dah setkan apa yang anda mahu lakukan pada hari itu, anda akan rasa lebih bersemangat untuk menjalani hari tersebut di tempat kerja.
4. Tidak bekerja di hujung minggu
Sesetengah daripada anda terikat dengan kerja-kerja di pejabat untuk disiapkan pada hujung minggu.
Sepatutnya anda luangkan masa hujung minggu untuk diri dan keluarga. Elakkan dari melihat email atau pesanan suara pada hujung minggu kerana jika anda berbuat demikian, anda akan terpanggil untuk melaksanakan kerja tersebut tanpa anda sedar.
5. Dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal
Pada malam ahad, anda dinasihatkan untuk tidur awal dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Bila anda mendapat rehat yang cukup, anda akan mudah untuk bangun awal dan dapat bersiap sedia untuk ke tempat kerja tanpa ada rasa gopoh-gapah. Anda akan merasa tenang dan mood pun akan menjadi baik ketika di tempat kerja.
6. Hiburkan orang lain
Ini adalah tips yang sangar berguna untuk anda kembalikan mood bekerja. Bila anda mampu mengukirkan senyuman di muka orang lain, anda akan dapat aura positif daripada orang sekeliling.
Jadi, mulai sekarang anda bolehlah mengamalkan cara-cara ini supaya mood bekerja anda sentiasa ada !
Locum merupakan hadiah untuk Healthcare Genius. Belajar dekat Locum Aspire untuk lebih mudah buat locum
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing
