
Ramai yang tanya saya. Mana nak pilih, progress atau gaji tinggi? Progress ni maksudnya lebih pada experience. Dapat timba banyak skills.
.
.
Sejujurnya banyak faktor lain perlu dikira seperti passion anda dan logistik. Tapi katalah semua ini dimalarkan. Tinggal 2 ni je, nk progress atau gaji tinggi.
.
.
Bagi saya 1 je faktor je perlu, dimana anda dalam kerjaya anda. Awal, pertengahan dan akhir. Jika di awal, jawapan peribadi saya progress. Akhir baru gaji tinggi.
.
.
Pengalaman saya memperlihatkan gaji tinggi tend to be more relaxing sampai kita lupa nak progress. Sedangkan pada awal karier kita mempunyai banyak tenaga. Komitmen pun kurang sedikit.
.
.
Macam orang kata, hard times create strong man, easy times create weak man. Bila progress anda laju pada awal-awal, anda akan cepat jadi orang yang mahir dalam bidang anda. Bila anda mahir dan berguna, maka disinilah akan berlakunya pendapatan yang tidak dapat dibayangkan.
.
.
Ramai yang saya jumpa on both extreme. Sebab tu, saya sangat takut dengan mereka2 yang x progress walaupun dalam bidang yang dia suka pun cukup lah. Macam dia doktor, tapi suka bertani. So memang expert bertani. Ini saya yakin tiada masalah. Kerana percayalah, bila anda jadi mahir sesuatu perkara, anda boleh beri lebih banyak benefit kpd orang lain.
.xoxo.
Sesugguhnya, ilmu itu juga suatu nikmat yang akan ditanya kegunaannya nanti.
Heal the healers,
Dr Ahmad Fakhri
