
Sebagai pekerja, anda perlu berusaha untuk memberikan kualiti kerja yang terbaik kepada syarikat tempat anda bekerja.
Anda perlu pandai untuk mengambil hati majikan anda supaya hubungan anda sebagai pekerja dan majikan akan sentiasa dalam keadaan baik.
Antara tip-tip yang boleh anda lakukan untuk buat majikan atau bos anda gembira kerana mempunyai pekerja seperti anda :
1. Menepati Waktu Yang Ditetapkan
Antara waktu penting yang dipandang serius oleh majikan adalah waktu datang kerja. Anda perlu berusaha untuk datang tepat pada waktu atau datang kerja sebelum waktu yang ditetapkan itu lebih baik.
2. Ucap Selamat Dan Murahkan Senyuman
Bos anda juga seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Sentuh emosinya dengan mengucapkan selamat pagi, selamat petang, memberi salam apabila berjumpa dan sebelum balik kerja.
Muka kena sentiasa senyum apabila berjumpa dengan bos walaupun anda tengah stres dengan kerja.
3. Menyiapkan Kerja Tepat Pada Waktunya
Prestasi kerja anda sudah tentu dinilai berdasarkan kerja-kerja yang anda lakukan. Jika diberika tugas tertentu, cuba siapkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh bos.
Jangan bertangguh kerja tanpa sebab. Perbuatan suka memberi alasan boleh memberikan imej buruk anda kepada majikan.
4. Berusaha Menjadi Pekerja Yang Rajin
Menjadi pekerja yang rajin bukan hanya untuk tunjuk kepada sesiapa. Ia menjadi kewajipan seorang pekerja untuk jadi rajin supaya kualiti kerja sentiada dapat hasil yang terbaik.
Majikan tidak membayar anda untuk buat kerja sambil lewa kerana malas. Orang yang rajin akan disukai oleh sesiapa sahaja.
5. Kurangkan Membuat Kesilapan
Sebagai manusia kita memang tidak lari dari membuat kesilapan, tapi jangan sampai asyik melakukan kesilapan yang berulang-ulang. Anda akan dianggap pekerja yang tidak cekap jika sering melakukan kesilapan yang sama.
Berusahalah menjadi seorang pekerja yang terbaik walau dimana sahaja anda bekerja. Tidak kiralah siapa pun bos anda, dari bangsa yang berbeza ke, anda tetap perlu menghormati mereka kerana mereka yang membayar gaji anda.
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
