5 TEKNIK ATASI MASALAH BOSAN KETIKA BEKERJA

Semua orang tak lari dari mengalami rasa bosan di pejabat. Ia bukan bermakna bosan kerana tiada kerja, tetapi lebih kepada rasa jemu menghadap perkara sama setiap hari.

Banyak kajian menunjukkan bahawa kebosanan di pejabat boleh menyebabkan menjadi kurang waras, walaupun mereka adalah pekerja yang cemerlang.

Mereka terdorong untuk meletakkan jawatan, mensabotaj rakan sekerja, mengabaikan kerja berkumpulan dan sengaja menggagalkan sesuatu tugasan. Ini sangat serius !

1. Mulakan hari dengan lebih semangat

– Respon emosi kita terhadap aktiviti seharian banyak terpengaruh dengan cara kita memulakan hari-hari kita.

– Anda boleh mendengar siaran radio segar, kecoh dan bermotivasi semasa bersiap ke tempat kerja atau dalam perjalanan.

– Tidur awal juga membantu permulaan hari yang baik. Jika anda mudah berasa penat, apa kata anda amalkan makanan kesihatan yang dapat menambah nutrisi untuk saraf.

2. Jadikan stesen kerja anda lebih produktif

– Percaya atau tidak, stesen anda juga memainkan peranan penting terhadap emosi anda.

– Perubahan seperti meletakkan pokok kecik atau dekorasi ringkas akan membuatkan anda rasa lebih selesa.

3. Atasi kepenatan

– Kadangkala, bukan kerja harian yang menyebabkan kita berasa bosan tetapi lebih kepada rasa penat yang dialami hingga menyebabkan ketiadaan tenaga dan semangat untuk bekerja.

– Cara terbaik adalah berhenti seketika, tarik nafas sedalamnya kemudian lakukan beberapa gerakan ringkas yang akan melancarkan aliran darah dalam badan.

– Boleh juga mengambil kudapan ringkas seperti bijirin sarapan atau biskut dan secawan kopi.

4. Jadikan mersyuarat sesuatu yang berbaloi

– Mersyuarat biasanya adalah bahagian paling membosankan dalam kerja harian di pejabat. Betul kan ?

– Separuh daripadanya membazirkan waktu anda pada kerja sebenar. Sediakan itinerari mersyuarat agar perjalanan mersyuarat lebih teratur.

– Sekiranya perlu, bincang dengan pengurus jik ada sebarang penambah baikan terhadap mersyuarat untuk menjadikannya lebih produktif.

5. Maju kehadapan dan terima tanggungjawab baru

– Jika kerja harian anda kelihatan mudah dan suram, cuba lakukan pembaharuan dalam kerja harian itu.

– Anda juga mungkin boleh bertukar-tukar tugasan kecil dengan rakan sekerja, ini akan membuatkan hari anda lebih menarik kerana anda akan bekajar dan cuba membuat perkara baru.

Pelbagai inisiatif boleh dilakukan oleh ketua anda, bagi membantu pekerja yang kepenatan emosinya, antaranya berbincang tentang perkara yang boleh diubah bagi membuatkan pekerja berasa lebih selesa dan kurang tertekan.

Menjadi pengurus bukan sahaja melibatkan pengurusan tugasan, tetapi juga termasuk emosi pekerja bawahan, itulah yang menjadikan seorang pengurus iti hebat !

Nak pergi kelas susah, sibuk? Sertai kelas mengikut masa anda di Locumnet Academy

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *