TIPS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang paling penting dalam memastikan produktuviti kerja individu akan dapat terus meningkat. Kemalangan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dielakkan dan ia tidak seharusnya berlaku.

Langkah keselamatan di tempat kerja harus diambil untuk elak jadi perkara yang tidak diingini :

1. Peka dengan keadaan sekitar

Anda harus mengetahui risiko serta bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja dengan cara mengetahui tempat, prosedur atau keadaan yang berisiko agar kemalangan akan dapat dielakkan.

Berikut adalah antara perkara yang penting :

– Minyak yang tertumpah di atas lantai

– Tangga di hadapan pintu. Jika pintu dibuka dari arah yang tidak dilihat, tangga tersebut berisiko untuk jatuh

– Luka pada badan. Ia mungkin membawa kepada jangkitan yang serius. Sila dapatkan kit bantuan pertama (first aid) untuk mencuci luka

– Pisau yang terdedah di pantri. Elakkan daripada membiarkan pisau terdedah. Seeloknya ia ditutup atau diletakkan terbalik di tempat yang sepatutnya

2. Pastikan postur badan anda betul

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer, pastikan bahu anda sejajar dengan pinggul bagi mengelakkan masalah sakit belakang.

Apabila mengangkat barang, gunakan teknik yang betul dan elakkan daripada membongkok.

3. Berhenti rehat dari kerja seketika

Antara punca berlaku kemalangan adalah kerana hilang fokus. Bekerja dalam tempoh yang lama mendedahkan diri anda kepada hilang daya tumpuan. Rehat yang singkat mampu mengembalikan semula tenaga dan membuatkan anda segar

4. Kurangkan stres di tempat kerja

Tekanan atau stres boleh membawa kepada kemurungan dan kurang fokus. Waktu kerja yang terlalu lama dan kerja yang terlampau banyak boleh menjadi faktor penyumbang kepada stres. Majikan dan pekerja harus bekerjasama mewujudkan suasana kerja yang positif dan seronok.

5. Laporkan sebarang keadaan yang tidak selamat

Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor atau kebakaran harus dilaporkan kepada penyelia atau pihak terbabit. Ia adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi parah.

6. Gunakan pakaian keselamatan yang sepatutnya

Pakaian keselamatan tidak direka melainkan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Terutamanya di sektor pembuatan, yang mencatatkan angka tertinggi kemalangan pekerjaan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyelia atau majikan harus memastikan semua pekerjanya mematuhi prosedur keselamatan yang betul.

Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama antara pekerja dan majikan.Kesedaran harus dipupuk terlebih dahulu agar ia menjadi satu budaya yang sihat dan penting dalam aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *