TIPS TEMUDUGA DAN SOALAN YANG PASTI DITANYA

Perkara yang sangat sinonim dengan temuduga dan menjadi perhatian setiap calon adalah soalan-soalan yang bakal ditanya. Soalan-soalan yang ditanya ini perlulah dijawab dengan baik bagi meyakinkan penemuduga bahawa diri anda layak untuk dipilih bekerja.

Oleh sebab itulah, setiap calon sememangnya sangat berminat untuk mengetahui soalan bocor yang akan ditanya untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.

Berikut 5 soalan yang confirm akan ditanya semasa temuduga. Dengan ini, anda bolehlah membuat persediaan jawapan bagi menjawab soalan-soalan ini :

๐Ÿ๏ธ. ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐๐ƒ๐€ ๐“๐€๐‡๐” ๐“๐„๐๐“๐€๐๐† ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐ˆ

Adalah sangat penting untuk anda memiliki pengetahuan yang luas tentang syarikat yang memanggil anda temuduga itu. Bukan itu sahaja, anda juga haruslah berpengetahuan luas tentang tugas bagi jawatan yang anda pilih di syarikat itu.

Jadi, pastikan anda membuat sedikit kajian atau bacaan tentang syarikat serta jawatan yang anda pohon itu. Pelbagai medium boleh digunakan seperti internet, website syarikat, survey dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat tersebut

๐Ÿ๏ธ. ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ˆ๐๐†๐ˆ๐ ๐Œ๐„๐๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹๐Š๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐ ๐‹๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ ?

Sekiranya anda menghadiri temuduga untuk kerja pertama anda, jawab sahaja anda tidak bekerja sebelum ini. Namun, jika anda sedang bekerja di tempat lain ataupun sudah berhenti kerja, soalan ini perlu diberikan perhatian.

Untuk menjawab soalan ini secara professional, anda boleh gunakan formula yang popular dan sering digunakan ini. Formula tersebut diberi nama LAMPS.

1. Location

Jarak tempat kerja lama dengan rumah anda tidak strategik (contohnya terlalu jauh).

2. Advancement

Nyatakan sebab mengapa karier anda tiada ruang untuk berkembang.

3. Money

Gaji yang dibayar kepada anda tidak setimpal dengan kemahiran serta sumbangan anda di tempat kerja lama.

4. Prestige/Pride

Anda ingin menyumbang kemahiran kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, tugasan dan vision.

5. Security

Kewangan tempat kerja anda tidak stabil

๐Ÿ‘๏ธ. ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐Š๐„๐Š๐”๐€๐“๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ (๐’๐“๐‘๐„๐๐†๐‡) ?

Tonjolkan kelebihan yang ada pada diri anda. Pertama sekali, adalah dinasihatkan supaya anda sebutkan kekuatan dari segi teknikal terlebih dahulu.

Selepas itu, sebutkan pula sikap professional yang anda miliki. Sikap professional ini merupakan sikap-sikap positif yang anda miliki dan dapat membantu dalam menyelesaikan tugasan.

๐Ÿ’๏ธ. ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐„๐Œ๐€๐‡๐€๐ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐ƒ๐€ (๐–๐„๐€๐Š๐๐„๐’๐’) ?

Sedikit tips dalam menjawab soalan ini adalah jangan sesekali nyatakan kelemahan itu dan menunjukkan bahawa anda sudah berputus asa.

Tunjukkan bahawa walaupun anda memiliki kelemahan tetapi anda tetap akan berusaha mengatasi kelemahan tersebut. Anda perlulah jujur dengan menyebut perkara yang anda lemah tetapi sedang berusaha untuk menguasainya.

๐Ÿ“๏ธ. ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐‹๐€๐ˆ๐ ?

Anda sememangnya tidak tahu kebolehan yang dimiliki oleh calon lain akan tetapi anda bolehlah menggunakan taktik ini.

Terangkan bagaimana anda memahami tugas serta tanggungjawab jawatan yang anda pohon, masalah yang selalunya akan timbul dan juga sejauh mana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang dimiliki.

Tiada masa nak buat resume? Kami perlukan 30 minit masa anda sahaja dan anda akan dibantu pasukan kami

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/resume

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *