TEKNIK MENCARI KERJA YANG EFEKTIF

Pastinya anda sedia tahu bahawa terdapat pelbagai jenis cara untuk mencari kerja seterusnya mendapatkan pekerjaan tersebut. Terdapat 4 teknik yang sesuai dijadikan panduan sebelum anda mencari pekerjaan agar sepadan dengan kehendak anda dan majikan pada masa kini.

Antaranya ialah :

1️. Membuat Penilaian Diri

– Tentukan dahulu minat kerjaya anda

– Mengenalpasti kemahiran serta kepakaran yang anda ada

– Mengetahui jenis-jenis pekerjaan yang dipohon

– Dapatkan matlamat kerjaya agar mendapat kepuasan dalam bekerja

2️. Kenal Pasti Pilihan Pekerjaan

– Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan, buat perbandingan dari segi kemahiran, minat dan padanan sijil akademik anda.

– Pastikan kemahiran yang diperlukan majikan sepadan dengan kemahiran yang ada pada anda.

– Dapatkan matlumat berkaitan jawatan serta syarikat yang dipohon.

3️. Matlamat Kerjaya

– Kenalpasti terlebih dahulu matlamat anda mencari pekerjaan. Adakah untuk mendapatkan duit sahaja, membayar hutang atau meningkatkan ilmu kemahiran dalam pekerjaan atau mengembangkan kerjaya.

4️. Sumber / Platform Mencari Pekerjaan

– Dpatkan iklan-iklan kerja kosong melalui :

* Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whattsap dan lain-lain

* Iklan banting/banner

* Blog jawatan kosong

* Laman web berkaitan kerja kosong

5. Agensi pekerjaan swasta

Anda juga boleh terus menghubungi wakil syarikat dan bertanyakan samada syarikat tersebut mempunyai jawatan kosong. Seterusnya tanya cara membuat permohonan sekiranya terdapat kekosongan jawatan di syarikat tersebut,

Untuk menghubungi wakil syarikat tersebut, anda perlu :

1️. Telefon terlebih dahulu sekiranya anda tahu nombor telefon syarikat tersebut.

2️. Seterusnya hantar email beserta cover letter dan resume ke alamat email yang telah anda dapatkan.

3️. Hadir untuk temuduga sekiranya dipanggil untuk temuduga.

4️. Jika tiada kekosongan jawatan, berikan nombor telefon anda atau minta alamat email bahagian HR untuk mengetahui kekosongan jawatan jika ada.

Nak dapatkan support masa buat locum. Habiskan Locum Aspire, nnti boleh subscribe Locum Support

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *