6 LANGKAH BIJAK MENCARI PEKERJAAN

Samada anda seorang graduan baru atau seorang yang sedang mencari kerja di dalam market setelah sekian lama, anda mesti setuju yang mencari pekerjaan adalah suatu yang susah. Tetapi adakah anda pernah terfikir untuk cari jalan yang lain untuk mencarinya?

Ramai yang ambil mudah perkara ini tetapi untuk awal langkah mencari pekerjaan adalah cara mencari pekerjaan, permohonan dan temuduga adalah perkara yang kedua.

1️. Online Networking

– Daftar didalam website karier adalah suatu yang penting dan tidak ramai yang membuatnya. Lebih baik lagi jika anda sudah menggunakannya di zaman belajar.

– Selain itu, menyertai group perbincangan di dalam industry anda sendiri juga boleh membantu untuk membina networking secara online dan lebih bagus lagi jika mereka berkongsi tentang kerja-kerja kosong di dalam industry tersebut.

– Di dalam social media, follow page atau akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dan komen post2 mereka. Ini juga salah satu cara yang baik untuk diri anda dikenali dan ingat, komen tersebut perlulah bersifat professional dan ilmiah.

2️. Jangan terlalu terikat dengan senarai jawatan kosong

– Kadang kala terlalu terikat dengan senarai jawatan kosong akan membantutkan perkembangan pencarian kerja. Focus kepada syarikat tertentu berbanding jawatan kosong yang ada semestinya akan membantu dalam pencarian pekerjaan. Kadang kala, syarikat tidak mewarkan jawatan kosong yang terdapat di dalam syarikat mereka.

3️. Kembangkan cara berfikir/fikir di luar kotak

– Dengan perkembangan teknologi, banyak peluang pekerjaan yang kita tidak pernah tahu. Terdapat banyak pekerjaan yang anda tidak pernah dengar dan diperlukan di dalam industry.

– Sebagai contoh, adakah anda tahu apa itu UX Designer? Content Marketer? Backend Developer? Pekerjaan ini tidak sepopular pekerjaan lain. Lakukan sedikit kajian tentang peluang pekerjaan di dalam industry anda, ia semestinya membantu anda untuk mencari pekerjaan di syarikat-syarikat tertentu.

4️. Menjadi pelatih terlebih dahulu

– Ini adalah pilihan yang baik untuk anda menimba pengalaman terlebih dahulu. Kebanyakan syarikat memilih mereka yang berpengalaman. Pengalaman yang anda dapat sepanjang menjadi pelatih boleh diletakkan dalam resume.

– Jika anda cemerlang semasa menjadi pelatih, mungkin mereka akan sera panda sebagai staff mereka.

5️. Pergi ke karnival kerjaya/career fair

– Karnival kerjaya menyediakan pelbagai peluang untuk anda jumpa dan berinteraksi secara direct dengan syarikat-syarikat besar.

– Gunakan peluang ini untuk membina talian dengan mereka, dan tanyakan sebanyak mungkin soalan tentang proses pemilihan serta peluang-peluang pekerjaan.

6️. Jadi majikan kepada diri sendiri

– Kebanyakan graduan dan pelajar berasa kurang keyakinan untuk mulakan bisnes kerana memikirkan risiko yang akan mereka alami.

– Walaupun ia kedengaran seperti langkah yang menyeramkan, jika anda mempunyai idea yang bernas dan motivasi untuk gerak kehadapan ini mungkin langkah yang paling bijak.

– Terdapat banyak bisnes yang dibuat oleh pelajar dan graduan baru dan berjaya tetapi ia agak memakan masa bergantung kepada usaha mereka sendiri.

– Tidak salah untuk mencuba, jika bisnes tidak berjaya atau anda rasakan ia bukan untuk anda, setidak-tidaknya ia akan menjadi pengalaman yang berharga dalam hidup dan menjadikan seorang individu yang lebih matang.

Baru nak mula locum? Tingkatkan ilmu anda dengan Locum Aspire

Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/locum-aspire-landing

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *