
Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka.
Berikut adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya
1️. Tidak Mendapat Sokongan
Untuk berjaya, sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan hilang, tenaga pun akan berkurangan. Kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang inginkan kejayaan.
Jalan penyelesaiannya adalah dengan cari dan sertai kumpulan atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.
2️. Fikir Ilmu Sudah Ciukup
Kita fikir ilmu kita sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUKAN adalah dua perkara yang berbeza.
Jadi janganlah sombong pada ilmu. Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini, hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.
3️. Tidak Mempunyai Matlamat Bermakna
Untuk mencapai sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- iaitu matlamat yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang.
Tanyakan soalan utama iaitu mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?
4️. Tidak Yakin Boleh Mencapai Kejayaan
Adakalanya kita sering berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan, kesusahan, kejatuhan dan ketakutan!
Sentiasalah berfikiran posiitf dan jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.
5️. Mudah Putus Asa
Kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa penat berusaha namun terus gagal.
Sering kali kejayaan akan datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara penyelesaiannya dengan cara yang lain.
Pembelajaran harus berterusan walaupun dah genius. Naikkan nilai anda dengan ilmu-ilmu yang praktikal di LocumNet Academy
Jangan lupa lawati kami di https://academy.locumnet.com.my/
